Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.sas.te.ra.an] | کسوسستراءن

Definisi : 1. seni yg meng­gambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.sas.te.ra.an] | کسوسستراءن

Definisi : hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau puisi yg mempunyai ciri-ciri ke­istimewa-an yg tertentu; ahli ~ (orang yg) pakar dlm hal kesusasteraan; seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dll); 3. ark kitab suci Hindu; 4. sl kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yg mengandungi ramalan (perhitungan dll); 5. sl tulisan, huruf; ~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dr berbagai-bagai negara dan bangsa; ~ hiburan bentuk sastera yg bertujuan memberikan ke­seronokan atau hiburan, mis yg bertemakan percintaan dsb; ~ lisan sastera rakyat; ~ rakyat sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.sas.te.ra.an] | کسوسستراءن

Definisi : hasil seni yg diwujudkan dlm bentuk karangan bebas atau dlm bentuk puisi. 2 ba­hasa yg digunakan dlm tulisan; baha­sa surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesusasteraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi kesusasteraan,fungsi kesusasteraan,ciri-ciri kesusasteraan,jenis dan bentuk kesusasteraan,sejarah kesusasteraan?tolong jawab segera..fungsi kesusasteraan di peringkat sekolah?KND tidak dapat menyediakan soalan berbentuk esei tugasan. Di cadangan tuan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, Kuala Lumpur. Terima kasih.Lain-lain23.01.2008
Apakah perbezaan perkataan KESUSASTERAAN dengan KESASTERAAN. Apakah kata apitan bagi KESUSASTERAAN dan apakah kata dasar bagi KESUSASTERAAN? Jika Ke...an ialah kata apitan bagi KESUSASTERAAN, apakah maksud 'SU' dalam perkataan tersebut? Minta pencerahan. Terima kasih.Sastera membawa beberapa maksud, antaranya termasuklah bahasa yang digunakan dalam kitab dan sastera juga sama maksudnya dengan kesusasteraan, iaitu hasil karya yang mempunyai ciri-ciri khusus. Untuk melihat makna tersebut, klik kesusasteraan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sastera+dan+kesusasteraan. Tidak ada maklumat lain termasuklah tentang etimologi kata kesusasteraan dalam pangkalan data kami.Tatabahasa04.08.2014
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

 

 Saudara yang dihormati,

Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah  tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional.  Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu  latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti  cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya.  Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya.  Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan  yang berguna, antaranya ialah buku  Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006).  Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan.

 Salam takzim. 

Lain-lain15.10.2010
jelaskan maksud dan teori asas kesusasteraan secara teperinci.Teori asas kesusasteraan kebiasaannya merujuk kepada bidang sastera tertentu. Ini tidak termasuk teori kesusasteraan moden yang disesuaikan dengan teori Barat. Contoh yang paling mudah ialah tentang senario kesusasteraan di Malaysia. Sebagai contoh, apakah titik tolak yang memisahkan antara sastera tradisi dengan moden di Malaysia. Ada pendapat (teori) mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula sekitar tahun 1800-an apabila mesin cetak diperkenalkan di Tanah Melayu seperti tersebarnya akhbar dan percetakan novel, seperti novel Faridah Hanum, Hikayat Asyik kepada Maksyuknya ketika itu. Sungguhpun begitu, pendapat Syed Naquib al-Attas melalui teori yang mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula dengan karya-karya yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri yang memenuhi sifat-sifat karya moden seperti terdapat dalam karya beliau, Syair Burung Pingai, Syair Perahu dan sebagainya, yang sarat dengan unsur-unsur intelektualisme, saintifik, dan internasional sifatnya.Makna16.07.2006
apakah perbezaan antara persuratan melayu dan kesusasteraan melayu? saya gak keliru antara dua istilah ini.Persuratan membawa maksud perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan. Manakala, kesusasteraan membawa maksud 1. seni yg meng­gambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera.

Maknanya, persuratan lebih berfokus kepada tulis-menulis dan kesusasteraan lebih luas skopnya dan memfokus kepada sastera.
Makna27.05.2014
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pembelajaran peringkat sekolah menengah atas.Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah menengah sebagai komponen dalam subjek Bahasa Melayu atau Komsas dan sebagai subjek tersendiri,  iaitu Kesusasteraan Elektif bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Untuk keterangan lebih lanjut tentang pembelajaran kesusasteraan Melayu di sekolah, saudara disarankan supaya menghubungi Pusat Perkembangan Kurikulam, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi nombor telefon 03-88842000. Lain-lain13.04.2008
Apakah konsep sastera mengikut DBP?

Konsep kesusasteraan terlalu luas. Secara umumnya kesusasteraan ialah karya bertulis atau lisan yang dihasilkan dalam bentuk prosa atau puisi oleh sesebuah peradaban atau masyarakat. Kesusasteraan mengandungi nilai keindahan, kemanusiaan, falsafah, intelektual, emosi, unsur kerohanian, dan sebagainya  yang digarap melalui bahasa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kesusasteraan, saudara dicadangkan supaya merujuk buku yang berikut , iaitu Citra Sastera oleh Sohaimi Abdul Aziz (DBP,2008), Konsep dan Pendekatan Sastera oleh Hamzah Hamdani (penyelenggara) (DBP,1988), Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP,1988) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP,2007).  

Lain-lain11.04.2008
Saya guru Kesusasteraan Melayu.Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dpt brkerjasama untuk meningkatkn pdp guru-guru kesusasteraan melayu.Saya ada cadangan .Antaranya : 1.Sesi dialog terbuka dgn penulis teks novel kesusasteraan melayu Saya sudi memberikn kerjasama sekiranya pihak tuan dpt merealisasikn hasrat saya ini demi kepentingan anak didik dan martabat subjek kesusasteraan melayu. No.telefon saya 012 4941273.Kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP, Puan Hajah Siti Aisah Murad, melalui talian 03-2147 9222, e-mel aisah@dbp.gov.my.Lain-lain28.05.2015
Tuan DBP, 1. "dalam pantun" atau "di dalam pantun barulah betul? 2. "dalam kesusasteraan klasik" atau "di dalam kesusasteraan klasik", yang manakah betul? Minta sertakan penjelasan.Frasa yang betul ialah "dalam pantun" dan "dalam kesusasteraan klasik" kerana pantun dan kesusasteraan ialah dua perkara yang tidak ada ruang fizikal yang jelas seperti frasa "di dalam kelas" dan "di dalam kotak".Tatabahasa07.05.2014
Makna kesusasteraan terlalu luas. Bagaimana untuk kita menghuraikannya dengan lebih mendalamSecara umum, erti kesusasteraan dipecahkan seperti yang berikit: Su bererti indah, baik dan berfaedah dan Sastera bererti aksara atau buku, maka kesusasteraan bererti kumpulan buku yang indah, baik dan berfaedah. Untuk menghuraikan lebih mendalam erti kesusasteraan, saudara boleh menumpukan perhatian kepada pemikiran dalam sesebuah karya yang baik dan berfaedah. Manakala dari segi keindahan pula, saudara boleh melihat dari segi bahasa dan perasaan. Sekian, terima kasih. Lain-lain05.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas