Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul?Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat.Istilah04.11.2012
Salam, Boleh sekiranya untuk saya ketahui perbezaan maksud bagi perkataan di bawah: 1. Mencedok, menciplak dan memplagiat Terima kasih.Kata "ciplak" yang sama maksud dengan ‘jiplak’ bermaksud  meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri.Istilah11.10.2017
Apakah kata dasar untuk perkataan 'mengetahui'? Jika jawapan pihak tuan ialah 'ketahui', mengapakah entri kata ini tidak ada dalam Kamus Dewan, dan tidak wujud imbuhan apitan ke-...-i dalam Tatabahasa Dewan. Terima kasih.Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata ketahui mempunyai maksud yang sama dengan mengetahui, hanya perbezaan penggunaan dalam ayat. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif, manakala kata ketahui digunakan dalam ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua.Tatabahasa27.04.2016
Apakah perbezaan di antara perkataan "tentang" dan "mengenai"? Contoh ayat: Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Telekom Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan Telekom Malaysia. Terima kasih di atas penerangan Tuan/Puan.Salam sejahtera,
Tuan,

Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan seperti, Mereka berbincang tentang masalah negara.

Selain itu, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan kata mengenai. Perlu diingat perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada" seperti, Tembakan peluru itu mengenai sasarannya.

Berdasarkan soalan tuan, ayat yang paling sesuai adalah, ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Telekom  Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna12.07.2017
Salam sejahtera. Apakah maksud 'popular' dan 'aspirin' yang dinyatakan dalam Kamus Dewan terbitan pertama pada tahun 1970? Sekian, terima kasih.Popular bermaksud di-ketahui dan di-sukai ramai , terkenal (ejaan seperti dalam Kamus Dewan, terbitan 1970). Aspirin ialah ubat sakit demam (sakit kepala dll).  Makna05.10.2015
Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula. Maksud saya kekeliruan ini timbul daripada pendapat yang mengatakan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek/frasa nama dan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama /kata yang lain. Contohnya: 1. "Mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu" dikatakan salah, yang betulnya ialah 'Mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". 2. RTM Menayangkan semula filem-filem P Ramlee, sepatutnya RTM menayangkan filem-filem PR semula. Menyerahkan kepada Ali buku itu @ Menyerahkan buku itu kepada Ali. Mohon penjelasan. Terima kasihSeperti yang tuan ketahui kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek. Dalam contoh yang diberikan ayat yang betul ialah "membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula" dan "mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". Walau bagaimanapun kita sering juga mendengar ayat tersebut dalam susunan yang kurang tepat seperti "membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu" dan "mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu". Oleh itu, hendaklah kita membiasakan penggunaan yang betul agar penggunaan tersebut menjadi ikutan kepada orang lain.Tatabahasa30.04.2012
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching.

Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal.

Tatabahasa21.07.2011

Kembali ke atas