| DEFINISI BAGI LESIKAL,KONOTASI,DENOTASI,KOLOKASI,POLISEMI,HOMONIM,KETAKSAMAAN,IMPLISIT,EKSPLISIT,SEMANTIK LINGUISTIK,SINONIM,MAKNA LITERAL | Menurut Kamus Dewan, leksikal - (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, atau (makna leksikal makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula bermaksud asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 06.08.2007 |
| Simbol < dan > dikenali sebagai "strict inequality" dalam Matematik. Apakah istilah yang sesuai bagi 'strict inequality' dalam bahasa Melayu? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "strict inequality' dalam pangkalan data kami. Istilah "inequality" terdapat dalam bidang Matematik, dan padanan bahasa Melayunya ialah ketaksamaan. | Istilah | 01.07.2013 |