Reaksi Ali ketakutan apabila diamrahi oleh ibunya. Adakah ayat ini betul? | Kurang tepat, ayat yan betul ialah - Ali ketakutan apabila dimarahi oleh ibunya. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
Ketakutan menurap hati saya. Ayat in betul? | Perkataan menurap tidak sesuai dalam ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah menyelubungi seperti dalam ayat "Ketakutan menyelubungi hati saya". | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Tuan dan puan.Mohon penjelasan.Secara ringkas apakah perbezaan diantara perasaan gentar gementar dan gemuruh terima kasih | Maksud gementar ialah gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain). Contoh ayat: Jangan berasa gementar melihat kekuatan seteru. Gemuruh pula bermaksud 1. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya),2. agak gementar. Contoh ayat: Setiap pemain pasti berasa sedikit agak gementar apabila menentang lawan, terutamanya dalam kejohanan penting. Kedua-dua maksud hampir sama, cuma yang berbaza ialah gementar lebih kepada keadaan fizikal yang menggigil, manakala gemuruh lebih kepada perasaan. | Makna | 03.06.2015 |
Tuan / Puan Selamat pagi. Ingin dapatkan bantuan untuk semak terjemahan seperti bawah adalah betul maksudnya:- OUTRIDE FEAR = Redah Ketakutan OUTRIDE ANYTHING = Redah Segalanya Harap dapat nasihat. Terima Kasih. | Tidak ada maklumat tentang outride fear dan outride anything dalam pangkalan data kami. Bagi menyesuaikan dengan konsep fizikal dan abstrak, frasa yang betul ialah mengatasi ketakutan (bentuk abstrak/perasaan) dan mengatasi segala halangan (bentuk abstrak/perasaan) atau meredah segalanya (bentuk fizikal). | Lain-lain | 04.08.2017 |
SOALAN Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai. Kalau mengikut penjelasan KAMUS DEWAN, GEMURUH 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; ADAKAH BERGEMURUH betul dalam SOALAN di atas juga? ATAU BERGERUMUH hanya boleh membawa erti - berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; etiga-tiga jawapan pun betul? | Kata gemuruh membawa kedua-dua makna yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan salah satu maknanya dalam ayat adalah betul asalkan bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat: Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai, pasti yang dimaksudkan ialah makna kedua, iaitu berdebar-debar hati. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |
1. Adik ______ kesejukan selepas mandi agak lama di dalam kolam renang. A. menggigil B. menggeletar Apakah perbezaan antara menggigil dengan menggeletar? | Buku Kamus Pelajar memberikan makna perkataan menggigil sebagai bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakutan; menggeletar: Contoh ayat : Malam itu dia menggigil kesejukan; manakala perkataan menggeletar diberikan maksud bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar; mengigil. Contoh ayat: Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, menggeletar badannya kerana takut. | Makna | 23.06.2014 |
apakah beza antara guruh dengan gemuruh? | Guruh bermaksud bunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar. Gemuruh bermaksud bunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain), berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar. | Makna | 09.08.2017 |
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin. | Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih. | Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. | Istilah | 23.05.2013 |