Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ma.du.nan] | کتمدونن

Definisi : perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketamadunan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana?Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii).  Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa.Makna17.01.2008
Apakah persamaan dan perbezaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dengan Bahasa Melayu Baku?

Pada umumnya, konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I - VII, Prosiding Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, dan Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2 2006 yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.

Tatabahasa07.01.2013
sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian

Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan.

Lain-lain03.09.2009
maksud nilai-nilai murniNilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:   1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melaluipendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995Makna16.01.2010
Anak saya akan mengambil peperiksaan UPSR tahun depan. Dia amat lemah dalam Kertas 2 BM yang mengandungi Nilai Murni. Saya ingin tahu samada wujud satu senarai nilai murni yang akan diuji dalam UPSR. Jika ada, saya amat memerlukannya supaya anak saya boleh mempelajarinya secara efektif. Terima kasih.
Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:   1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melalui pendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995
Lain-lain07.11.2010

Kembali ke atas