Selamat malam, 1. Adakah semua ayat berikut merupakan ayat pasif ? a) Mereka kehausan. b) Bajunya belum berbasuh lagi. c) Dia ketandusan kasih sayang. d) Dia bekerja di kilang kasut. 2. Adakah penanda wacana "justeru / justeru itu" masih relevan untuk digunakan pada permulaan ayat ? | Ayat (a), (b) dan (c) ialah ayat pasif manakala ayat (d) ialah ayat aktif. Penanda wacana yang betul ialah "justeru". | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ? | Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Salam...terima kasih diatas bantuan yang diberikan. Namun begitu saya masih lagi keliru dengan terma 'food deserts'. Bersama-sama -sama ini saya sertakan ayat berkaitan ' People who live in food deserts often have no option but to rely on smaller stores where prices are higher and the quality and variety of fresh food is more limited' Apakah terma yang sesuai digunakan bagi menjelaskan food deserts bagi ayat di atas. Terima kasih | Untuk makluman istilah food desert tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan cultural desert yang padanan bahasa Melayunya ialah ketandusan budaya. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk food desert ialah ketandusan makanan. Dalam konteks ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan ialah kawasan ketandusan makanan. | Istilah | 20.05.2011 |
Suzlina Adwiyah Mhn pencerahan DBP...jk dbp ingin mnerbitkn buku seseorg..apakah org itu perlu melakukan proses pengistiharan harta trlebih dahulu..jk ya..utk ape pgistiharan harta itu dlakukan..bgmn pula jk buku yg ingin dterbitkn itu..adlh buku insan yg sdh lma mninggl dunia..adakah insan yg sdh mninggl dunia msh mpunyai hrta..melainkan hrta yg dsedekahkn ke jln baik.dan hrta ank2 yg soleh..sy mhn pcerahan ....insan yg ketandusan ilmu.. | Puan Suzlina Adwiyah, Untuk makluman soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Berkaitan soalan yang diajukan, puan boleh menghubungi Puan Zaiton binti Abu Samah (Ketua Bahagian Harta Intelek) melalui nombor telefon 03-21479434 atau e-mel zaiton@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 18.05.2017 |
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis | 1. Wajah pesakit kanser itu pucat. 2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa. 2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat). a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar. Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas. b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
| Tatabahasa | 13.03.2013 |
Saya sekadar ingin memaklumkan kepada DBP tentang kesilapan makna 'desert' yang sepatutnya gurun dan bukan pencuci mulut (dessert) dalam PRPM. Sekian. | desert Definisi : (désert) bp pembasuh mulut, pencuci mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat). dessert Definisi : n /pembasuh, pencuci/ mulut, desert. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, desert ialah bahasa percakapan (bp) yang membawa maksud pembasuh mulut, pencuci mulut. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan pula, desert ialah gurun, padang pasir; (as proper n) Gurun: the Gobi D~, Gurun Gobi; coastal ~, gurun pinggir laut; temperate ~, gurun hawa sederhana; a cultural ~, ketandusan budaya. | Makna | 03.09.2019 |