Selamat pagi tuan, Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan _________ bermain senjata. Kecekapan atau ketangkasan? Yang mana paling sesuai untuk ayat di atas? | Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu). | Makna | 07.12.2014 |
Apakah perkataan lain untuk olahraga | Olahraga bermaksud latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll). | Makna | 05.09.2007 |
Selamat petang, apakah perbezaan antara sukan dengan sukaneka? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dll). Manakala sukaneka pula bermaksud sukan yang pelbagai jenis. | Makna | 25.05.2017 |
BILAKAH KITA AKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN SUKAN, DAN BILAKAH KITA AKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN PERMAINAN | Sukan digunakan apabila merujuk kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang, bola sepak, tenis, lumba lari dan lompat galah. Permainan apabila merujuk: 1. sesuatu yang digunakan untuk bermain; dan 2. perihal bermain seperti bola sepak. Ini bermakna sukan boleh membawa maksud permainan tetapi permainan tidak semestinya bermaksud sukan. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
Aktiviiti bersukan /aktiviti sukan? Apakah perbeazannya dari segi semantik?? | Dari segi semantik sukan merujuk segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan, manakala bersukan bermaksud melakukan atau bergiat dalam sukan. Oleh itu frasa yang betul ialah aktiviti sukan, iaitu kegiatan yang berkaitan dengan sukan, manakala frasa "aktiviti bersukan" bermaksud aktiviti itu yang melakukan kegiatan sukan dan dari segi semantik adalah tidak tepat. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |
maksud integrasi ekonomi dan integrasi sukan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian,dll.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Ekonomi bermaksud 1.ilmu berkenaan pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang 2.istem pengendalian sumber kekayaan. Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga. Oleh itu kata di atas bermaksud penyatuan /penggabungan ekonomi atau sukan. | Makna | 28.01.2008 |