Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.lu.san] | کتلوسن

Definisi : keadaan atau sifat yg terus terang (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb): perlunya ~ dlm urusan kewangan negara; Malaysia mahu semua negara anggota APEC mengamalkan ~ sebagaimana yg dilaung-laungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.lu.san] | کتلوسن

Definisi : keadaan atau sifat telus: ~nya membuat dia mudah didekati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketelusan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. bila masa yang paling sesuai untuk menggunakan tanda (:) dan ( ; ). 2. mohon kepastian ejaan ketiadaan ketelusan atau ketidaktelusan

Jawapan soalan pertama, tuan boleh merujuk penggunaan kedua-dua tanda baca dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1)pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3)Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

 

Jawapan soalan yang kedua, kedua-dua ejaan, iaitu ketiadaan ketelusan dan ketidaktelusan betul. Ketiadaan bermakna tidak ada/tidak memiliki keadaan dan sifat berterus terang iaitu tidak ada sifat telus. Manakala ketidaktelusan ialah kata kerja untuk tidak mempunyai sifat telus.

Tatabahasa11.03.2014
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah peribahasa atau perumpamaan yang sesuai untuk memperlihatkan kepentingan nilai-nilai berikut: 1) integriti 2) hormat menghormati 3) ketelusan Terima kasih.Untuk makluman puan, peribahasa disusun mengikut abjad, bukan mengikut makna. Oleh itu, untuk melihat makna yang sesuai dengan konteks penggunaan, puan perlu menyemak satu demi satu peribahasa. Carian melalui kata kunci juga tidak banyak membantu apatah lagi perkataan yang digunakan ialah kata baharu, seperti integriti.Tatabahasa02.02.2017
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih(i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara.Makna13.12.2007

Kembali ke atas