Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.na.ngan] | کتنڠن

Definisi : perihal tenang, keamanan, ketenteraman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.na.ngan] | کتنڠن

Definisi : keadaan atau hal tenang; ketenteraman; ke­amanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata sendi pada Manakah satu ayat berikut adalah betul? 1) Setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan. 2) Pada setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan. Adakah kata sendi "pada" boleh digugurkan penggunaan dalam konteks ayat (1) ataupun wajib hadir (bersama dengan konteks penggunaan yang menerangkan masa) Sekiranya, setiap = tiap-tiap dan kita mengandaikan bahawa kata sendi "pada" mesti hadir di hadapan ayat maka ayat: 1) Tiap-tiap petang, Ali bermain di padang bola sepak (ayat ini salah kerana tiada kata sendi "pada") Terima kasihKedua-dua ayat yang dikemukakan, iaitu 'Setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan.' dan Pada setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan.' adalah betul. Tidak ada peraturan yang mengatakan kata sendi 'pada' tidak boleh digugurkan dan wajib hadir dalam konteks tersebut.  Tatabahasa31.10.2011
Tuan, sekarang kerap kita lihat orang menggunakan kata “healing” bagi menggambarkan usaha mencari ketenangan diri. Justeru, apa kata padanan yang sesuai bagi menggantikan kata healing ini dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Cadangan padanan yang sesuai bagi perkataan "healing" ialah penyembuhan atau pemulihan. Walau bagaimanapun, bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Lain-lain16.07.2023
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas?Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'.Tatabahasa25.11.2008
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Reda atau redha?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837):

reda رضا 

kata kerja tak transitif
1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu:
Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil.

kata nama
2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang:
Dia berusaha mencapai reda Allah. 

Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya.
Ejaan03.08.2023

Kembali ke atas