Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ter.kai.tan] | کترکاءيتن

Definisi : keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterkaitan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana meningkat koheren dan kohensi dalam penulisan formal dan bentuk cereka, novel dan cerpen.
Bagus kerana saudara mengambil berat tentang prinsip asas dalam linguistik teks dan retorik terutama amalan praktis untuk meningkatkan koheren serta kohesi dalam penulisan formal dan kreatif. 

Ringkasnya, koheren tentang idea wacana tersusun dan logik, manakala kohesi tentang keterkaitan hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan satu wacana yang lengkap dan gramatis. 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Formal:

Susun Rangka Penulisan Secara Sistematik: Mulakan dengan pengenalan yang jelas, diikuti isi utama yang tersusun mengikut topik, dan diakhiri dengan kesimpulan yang menguatkan mesej.

Gunakan Kata Hubung yang Sesuai: Antara misalan termasuklah "oleh itu", "selain itu", "bagaimanapun", "seterusnya", untuk mengaitkan idea agar aliran tulisan lebih lancar.

Jaga Kesinambungan Idea: Setiap perenggan harus berpaut kepada idea utama. Elakkan lompat dari satu perkara ke perkara lain secara tiba-tiba.

Periksa Gaya Bahasa dan Tatabahasa: Penulisan formal memerlukan bahasa yang tepat dan lengkap dari segi tatabahasa untuk memudahkan pemahaman.

 

Tips Meningkatkan Koheren dan Kohesi dalam Penulisan Cerpen, Novel, dan Cereka:

Bangunkan Plot dan Tema dengan Jelas: Pastikan jalan cerita tersusun dengan baik supaya pembaca boleh mengikuti perkembangan cerita dengan mudah.

Gunakan Dialog dan Naratif yang Bersifat Kohesif: Dialog antara watak harus berkaitan dengan keadaan cerita dan naratif menjelaskan suasana, perasaan, atau tindakan watak secara jelas.

Pengulangan dan Sinonim: Penggunaan perkataan yang berulang atau sinonim dapat membantu mengekalkan fokus pembaca dan sambungan antara ayat dan perenggan.

Perhatikan Gaya Bahasa: Dalam bentuk sastera, bahasa boleh bersifat lebih kreatif tetapi jangan sampai mengganggu kelancaran pemahaman.

Untuk rujukan tambahan, sila dapatkan buku tulisan Asmah Haji Omar, Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah di kedai Ujana Buku DBP atau layari DBPniaga (dbpniaga.my).




Karya21.07.2025
Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan dan memohon cadangan perkataan yang bersesuaian dengan pihak DBP? 1. Flourishing Seterusnya adalah perkataan daripada Teori Kesejahteraan iaitu EPOCH. 1. Engagement 2. Perseverance 3. Optimism 4. Connectedness 5. Happiness Terima kasih.Cadangan padanan bagi kata flourishing, engagement, perseverance, optimism, connectedness dan happiness dalam bahasa Melayu ialah berkembang, keterlibatan, ketabahan, optimistik, keterkaitan dan kebahagiaan.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2025
Bolehkah pihak DBP berikan maksud atau istilah yang sesuai bagi perkataan Bahasa Inggeris 'relatedness'. Contoh penjelasan bagi perkataan tersebut: "Relatedness is our fundamental need to feel supported by others; to feel that “I matter” to others and that they matter to me."Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "relatedness". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah keterhubungan, kesalinghubungan atau keterkaitan.Istilah27.12.2016

Kembali ke atas