Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betul | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan tanda baca. Bolehkah tanda soal (?) dan tanda seru (!) ditulis secara serentak. Contohnya, "Kamu mahu saya buat macam mana lagi?!" | Tanda tanya(?) dan tanda seru (!) tidak boleh digunakan serentak. Tanda tanya digunakan pada akhir kalimat tanya. Misalnya: Bilakah dia berangkat? Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau penyataan yang berupa seruan, perintah yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Misalnya: Alangkah seramnya peristiwa itu! | Tatabahasa | 26.02.2014 |
Boleh terangkan kepada saya tentang penggunaan tanda seru (!) dari segi tatabahasa. Adakah tanda seru ini boleh membawa maksud seseorang itu marah atau rasa kurang jika digunakan di dalam konteks ayat yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Contoh 1): Oh, anda sungguh cantik!- adakah ayat ini merupakan ayat penyata dan dalam nada memuji? Contoh 2): tidak boleh satu rumah kerana bukan muhrim! - adakah ayat ini ayat penyata dan menunjukkan penyampai itu sedang marah? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu. Sekian, terima kasih | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!
| Tatabahasa | 25.02.2014 |
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |