mischaracterization boleh ditakrifkan sebagai apa? ketidaktepatan? | Dalam data pangkalan kami, tiada terjemahan untuk istilah mischaracterization. Terjemahan kepada "Ketidaktepatan" boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Untuk mendapat jawapan yang lebih tepat, tuan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Negara. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2014 |
Terdapat 2 fenomena menarik berkaitan bahasa minggu ini. i. Pada 22 Februari 2014, TV3 mengadakan program "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur". Saya berpendapat mengikut tatabahasa yang betul sepatutnya. "ANUGERAH FESTIVAL DRAMA KUALA LUMPUR". ii. Pada 23 Februari 2014, tersiar dalam Berita Perdana di TV 1, RTM dan Berita Harian akan menyiarkan kembali rancangan `Mini Parlimen' yang popular pada era 1980-an. Mengikut hukum DM, sepatutnya 'PARLIMEN MINI'. Sekiranya berlaku ketidaktepatan atau kesilapan tatabahasa ini, apakah tindakan susulan Jabatan Pengembangan Bahasa DBP. Kalau tidak dibetulkan dengan SEGERA, pasti kesilapan ini akan berterusan dan menjadi contoh tidak baik kepada pengguna bahasa. | Terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk memaklumkan kesilapan ini. Terima kasih sekali lagi. | Lain-lain | 24.02.2014 |