Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiga

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
Tuan, "bergantung kepada ibu" atau "bergantung pada ibu"adalah betul? Saya telah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan Ketiga pada halaman 272 dan 274 dan masih keliru dengan penggunaannya... tolong jelaskan masalah saya ini. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu". Sila perincikan bahagian yang kurang difahami oleh tuan. Perlu diingat, frasa yang betul ialah "bergantung pada" dan kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran.Tatabahasa04.05.2014
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih.Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu.Tatabahasa19.07.2012
Yang manakah adalah betul: i. ialah perkhidmatan pihak ketiga ii. adalah perkhidmatan pihak ketigaFrasa yang betul "ialah perkhidmatan pihak ketiga".Tatabahasa12.06.2015
prof, mana lebih tepat .. 1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepada .......atau 2. Pemanag tempat ketiga disandang oleh...pohon pencerahan ..1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepadaLain-lain18.10.2014
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Tuan, Adakah betul penggunaan ayat seperti ini "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Penggunaan perkataan jam untuk menunjukkan waktu. Sebagai makluman waktu bertugas bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi (jam yang ketiga ialah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi) Terima kasih.Waalaikumsalam,

Penggunaan perkataan jam dalam ayat, iaitu "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." adalah tidak tepat jika digunakan dalam konteks rasmi. Penggunaan ayat yang betul ialah "Pada pukul  8.00 pagi nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." atau "Pada waktu bekerja/bertugas peringkat ketiga nanti, ketiga kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Walaupun begitu, jika penggunaan secara tidak rasmi boleh digunakan "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..."
Tatabahasa15.01.2019
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
Salam sejahtera, "Menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut" atau "Menurut dua pertiga responden daripada ketiga-tiga buah negara tersebut"? Sekian, terima kasih.Menurut data kami ayat yang betul ialah menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut.Lain-lain04.05.2020
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai-pandai belaka. b. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka. c. Anak Puan Liza rajin-rajin belaka.Ayat yang gramatis, Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka.
Tatabahasa02.07.2016
Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ?Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap.Tatabahasa24.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas