Mana satukah yang betul ........ketika saya mengajar atau ....... ketika saya sedang mengajar? | Yang betul ialah "ketika saya mengajar". | Tatabahasa | 03.05.2014 |
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketika | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa. | Istilah | 20.07.2009 |
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. | Salam sejahtera, Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat. | Tatabahasa | 19.11.2012 |
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika | Salam sejahtera, Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu. Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
ialah ketika atau adalah ketika? Terima kasih | Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ialahi> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">adalahi> amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat puan dan berkemungkinan kata <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ialahi> dan a<i style="mso-bidi-font-style: normal;">dalah i>tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 09.02.2015 |
mana yang betul? ialah ketika atau adalah ketika | Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat tuan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 18.12.2014 |
apakah perbezaan "semasa" dan "ketika"? bagaimanakah penggunaannya? | Semasa bermaksud pada ketika yang sama, untuk melihat contoh penggunaannya lakukan carian perkataan di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 06.04.2015 |
ada beza tak penggunaan 'ketika' dengan 'semasa' dalam ayat atau penyataan? | Perkataan "ketika" dan "semasa" adalah sinonim. Tiada perbezaan maksud antara keduanya. | Makna | 25.07.2019 |
Apakah perbezaan "ketika" and "semasa", Rujuk kepada ayat ini. Penunggang motosikal itu terlanggar tembok ( ) cuba mengelak seorang kanak-kanak. a. manakala b. ketika c. semasa d. untuk | Penunggang motosikal itu terlanggar tembok (semasa) cuba mengelak seorang kanak-kanak. | Tatabahasa | 21.08.2008 |
Ketika menghadap raja / sultan, boleh seseorang itu menggunakan “hamba” sebagai kata ganti nama untuk merujuk diri sendiri? Jika tidak boleh, apakah sebabnya? | Ganti nama diri yang digunakan ketika menghadap raja/sultan ialah 'patik' bukan 'hamba'. 'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja. | Lain-lain | 21.09.2006 |