Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi :

kata sendi nama menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu; Sinonim daripada 

 (Kamus DBP versi dalam Talian)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketimbang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat bagi perkataan "Ketimbang" yang sesuai untuk digunakan dalam subjek Bahasa Melayu.
Dikongsikan contoh ayat yang dipetik daripada data Korpus DBP untuk penggunaan kata KETIMBANG.

Contoh ayat I: Mereka lebih prihatin terhadap haiwan itu ketimbang anak tunggal sendiri.
(Mereka lebih prihatin terhadap haiwan itu daripada anak tunggal sendiri.)


Contoh ayat II:Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok ketimbang tugas individu.
(Hasil penelitian Fei Lin menunjukkan bahawa siswa dapat meraih nilai lebih baik saat diberi tugas kelompok berbanding dengan tugas individu.)

Contoh ayat III: Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah ketimbang menentang!
(Maka jadilah mereka orang-orang yang lebih tahu menyerah daripada menentang!).

 

Berdasarkan sampel-sampel ayat tersebut saya pasti saudara memahami pola ayat yang sesuai dan dapat membina ayat yang tepat untuk penggunaan kata KETIMBANG (bersinonim dengan kata "daripada" atau "berbanding dengan").

 

Makna27.07.2025
Apakah maksud perkataan ketimbang?Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, ketimbang bermaksud kata untuk menandai perbandingan (dengan); daripada. Kata ini digunakan dalam bahasa percakapan.Makna19.10.2023
YAB Perdana Menteri menggunakan istilah Ketimbang yang bermaksud "berbanding". Hasil carian dalam pangkalan data PRPM tidak menemui jawapan. Adakan istilah tersebut boleh digunapakai?Pemilihan dan penggunaan sesuatu kata oleh masyarakat, termasuk pemimpin negara merupakan ciri-ciri perkembangan dan perluasan penggunaan setiap bahasa di dunia. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali mengalami proses ini dan sekali gus menjadikan bahasa ini kaya dengan pembendaharaan kata yang terdiri daripada kata umum, dialek, kata pinjaman, istilah dan sebagainya. Kata ketimbang misalnya terdapat dalam bahasa Indonesia yang serumpun dengan bahasa Melayu. Jadi, penggunaan kata seperti ini akan menambah dan memberikan variasi pilihan penggunaan kata dalam masyarakat di negara MADANI ini.Lain-lain23.02.2024

Kembali ke atas