" tidak ketinggalan" lazimnya diggunakan dalam penulisan? apakah maksud sebenarnya? adakah " tidak ketinggalan" seerti dengan selain itu? | Dalam Kamus Dewan tidak ketinggalan bermaksud tidak mahu terkebelakang atau tidak lalai. Walau bagaimanpun "tidak ketinggalan" lazimnya diungkapkan bagi maksud "tidak terkecuali" atau "turut". Oleh itu, dalam penggunaan harian lebih-lebih lagi dalam situasi rasmi gunakanlah perkataan "turut" yang lebih difashami maknanya oleh khalayak. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
Salam. Mohon pencerahan mengenai penggunaan perkataan 'ketinggalan' ataupun 'kelewatan'. Misalnya, Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Adakah perkataan 'kelewatan' lebih sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan 'ketinggalan'? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan. | Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Ketinggalan bermaksud tercicir di belakang kerana tidak dapat menyaingi atau kerana tidak dapat mengejar sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.07.2016 |
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. | (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Ramo Omran Sep 7th, 1:02pm BAHASA MELAYU KETINGGALAN DAN TERSISIH DINEGARA SENDIRI. | Terima kasih atas pandangan yang dilontarkan. Untuk mencari jawapannya perlu diteliti dan dibincangkan dengan lebih rinci. | Lain-lain | 07.09.2015 |
Tuan, saya mohon pengesahan pihak DBP bagi penterjemahan tema "Integrate Effort : No Woman Left Behind" ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah terjemahannya ialah "Sepadu Usaha : Tiada Wanita Ketinggalan"? Hasmawati | Untuk makluman puan, tema yang dicadangkan oleh pihak kami ialah Usaha Bersepadu, Wanita Maju. Merujuk kepada tema yang dicadangkan, iaitu “Sepadu Usaha, Tiada Wanita Ketinggalan”, frasa “sepadu usaha” adalah salah dari segi tatabahasa dan perkataan yang berunsur negatif seperti tiada, tidak dan sebagainya tidak sesuai dijadikan sebagai tema. Tema yang dibentuk mesti mudah diucapkan, sedap didengar, berunsur positif dan tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2016 |
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita. | 1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul. C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul. D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran. | Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
Bolehkah saya guna perkataan Gempak Rider utk tajuk sesuatu acara? Ia adalah acara konvoi bermotosikal Cth: Jangan ketinggalan untuk menyertai acara 'Gempak Rider' pada ahad 21 Oktober 2012 ini | Untuk makluman puan, frasa "Gempak Rider" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Gempak" ialah bahasa percakapan dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi. Perkataan "Rider" pula ialah perkataan bahasa Inggeris dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Penggunaan perkataan bahasa Melayu bersama-sama bahasa Inggeris dalam satu frasa (bahasa rojak) juga tidak dibenarkan. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk tajuk acara tersebut, contohnya "Penunggang Hebat". | Istilah | 05.09.2012 |
Adakah frasa "Mendepani Pertanian" bermaksud menjuarai pertanian? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendepani bermaksud 1. berada di depan sesuatu 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului. Perkataan "menjuarai" pula bermaksud menjadi juara, menjadi johan 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong dan sebagainya) dengan sesungguhnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini berbeza maksudnya. | Istilah | 31.10.2015 |
Bangunlah awal-awal jika takut bas meninggalkan anda. tuan, apakah kesalahan ayat ini?TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang betul: Bangunlah awal pagi jika takut ketinggalan bas.
| Tatabahasa | 20.02.2013 |