Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin . | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Contoh: YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini mendapat anugerah Datuk Seri Utama. Jadi bagaimana cara memberi penghormatan kepada beliau sekarang? YBhg Tan Sri, atau YABhg Tan Sri, atau YBhg Datuk Seri Utama Tan Sri, dah, tak tau lagi?? Tolong bantu, T.Kasih. Hassan | Lazimnya kita menggunakan gelaran yang tertinggi, dalam hal ini ialah YBhg Tan Sri. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk pejabat Ketua Setiausaha Negara kerana kita perlu mengambil kira kesukaan penerimanya sendiri sama ada hendak menggunakan gelaran YBhg Tan Sri atau gelaran YBhg Tan Sri Utama. | Lain-lain | 03.02.2011 |
Maksud perkataan "sasana" seperti dalam ayat ini: YBrs. Dr/tuan/puan, Saya dengan hormatnya merujuk kepada perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) bertarikh 21 September 2017, mengenai perkara di atas. Keputusan YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi pelaksanaan Sasana Bahasa dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. 13 Tahun 2017 bertarikh 19 Julai 2017 dan Mesyuarat Prapelaksanaan Sasana Bahasa Bil. 1 Tahun 2017 telahpun diadakan pada 27 Julai 2017 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Suhaime Mahbar, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) adalah jua dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan MESYUARAT PELAKSANAAN SASANA BAHASA BILANGAN 1 TAHUN 2017 seperti butiran berikut: Tarikh : 29 September 2017 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, Blok C1, Kompleks C Jabatan Perkhidmatan Awam 62510 PUTRAJAYA. | Kata sasana belum terakam dalam data DBP. Pencarian kami menemui kata sasana berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud lokasi, pusat, bangunan atau arena di mana masyarakat berkumpul untuk bermesyuarat. Frasa ‘sasana bahasa’ dalam pertanyaan puan boleh membawa maksud lokasi, pusat, arena, mesyuarat, majlis berkaitan isu atau program bahasa. | Makna | 28.09.2017 |
Bagi permulaan surat resmi dalam jabatan: 1. Ketua Pengarah. Tajuk Surat: 2. YBhg Ketua Pengarah. Tajuk Surat : Mana yang betul? | Tuan, kami tidak jelas dengan soalan tersebut. Mohon dapat kemukakan soalan dengan lebih menyeluruh. Walau bagaimanapun, lazimnya dalam penulisan surat, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah. Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... | Tatabahasa | 23.06.2015 |
1)untuk penulisan surat rasmi, kepada ketua pengarah, seperti gelaran YBrs dan YAS adakah sesuai di tul;is Tuan/Puan. 2)Apakah mksud Singkatan YBrs dan YAS | Untuk penulisan surat rasmi jika ketua pengarah itu tiada gelaran seperti Datuk atau Tan Sri dan sebagainya, sapaan yang sesuai ialah Tuan atau Puan. Perkatann Yang Berusaha hanya digunakan dalam teks ucapan. Untuk singkatan YAS setakat ini pihak kami belum mengetahui apakah nama penuh singkatan ini. | Lain-lain | 11.06.2014 |
As salam / selamat sejahtera, Situasi: Ketua Syarikat bergelaran Datuk. Salutasi yang selalu digunakan untuk surat menyurat ialah YBhg. Datuk. Apabila dia meninggalkan tugas atas urusan rasmi, seorang pengganti telah dilantik untuk menjalankan tuga s-tugas beliau. Pengganti tersebut bukan bergelaran Datuk. Soalan saya: Dalam penyediaan dokumen untuk perakuan Ketua Syarikat (di mana dokumen tersebut akan diperakukan oleh pengganti sebagai mewakili Ketua Syarikat), apakah salutasi yang patut digunakan di dalam surat tersebut? Adakah kami perlu menggunakan YBhg. Datuk juga atau tuan sahaja. Mohon nasihat. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Bagi situasi tersebut, saudari boleh menggunakan perkataan "tuan". | Tatabahasa | 18.07.2013 |
salam, saya ingin bertanya 1. tentang penggunaan Yang Berbahagia dan Yang Berusaha, jika ketua jabatan saya berstatus Prof Madya Dr. mana yang lebih sesuai? sebelum ini Yang Berbahagia hanya untuk individu yang mendapat gelaran tan sri/dato/datuk. 2. bahaimana dengan Yang Dihormati dan Yang disegani,Yang Setia, Yang Dikasihi, mcm mana dengan susunan kekananan? | Jika tidak mempunyai sebarang gelaran Prof. Madya disapa sebagai tuan kecuali apabila beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. Tidak ada maklumat tentang kekananan sapaan yang tuan berikan melainkan disusun mengikut kekananan fungsi jawatan, contohnya Yang Berusaha Pengerusi Seminar ..., Encik Ahmad bin Ali, Setiausaha Seminar dan Encik Abu bin Kassim, Bendahari Seminar . | Tatabahasa | 02.11.2012 |
Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih | 1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan. 2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. | Lain-lain | 01.09.2016 |
Sila berikan saya contoh penggunaan kata nama dalam surat ; Yang Berbahagia Dato. dan untuk perkataan seperti yang amat berhormat digunakan pada masa bila, dan apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk perkataan seperti Tan sri, Datuk Seri, Tuanku , Tengku | Yang Amat Berhormat digunakan sebagai sapaan bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, dan Ketua Menteri. Sapaan untuk Tan Sri, Datuk Seri digunakan Yang Berbahagia, manakala bagi Tuanku dan Tengku disapa sebagai Yang Mulia. Kata Mulia digunakan secara tetap pada ungkapan yang merujuk sultan atau raja yang memerintah atau keluarga diraja. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Kita, tulisan Encik Ismail Dahaman untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
SALAM. SAYA KURANG FAHAM TENTANG PENGGUNAAN YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA,YANG BERUSAHA DAN BEBERAPA LAGI YANG BERKAITAN. TERIMA KASIH. | Yang Berhormat (ditulis YB) ialah rujukan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri; Yang Berbahagia (ditulis YBhg.) ialah rujukan untuk individu yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri, Dato' Seri/Datuk Seri, Dato'/Datuk tetapi bukan wakil rakyat. Sapaan untuk Yang Berusaha lazimnya digunakan kepada pihak yang menganjurkan majlis/acara seperti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia, Mokhtar Mohd. Tohar/Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP. | Lain-lain | 19.03.2010 |