Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.juh] | کتوجوه

Definisi : peringkat, bilangan dsb yg nombor tujuh: Dia mendapat tempat ~ dlm perlumbaan merentas desa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketujuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yang tepat : penyenggaraan/penyelenggaraan Bolehkah ke-7 ditulis sebagai ketujuh cth : Majlis Konvokesyen Ketujuh UTHMKedua-duanya boleh digunakan. Penyenggaraan dan penyelenggaraan. Ke-7 boleh juga dieja sebagai ketujuh. T.kasih.Tatabahasa21.08.2008
Boleh berikan definisi bagi tajuk " Bahasa Melayu Abad Ke Tujuh" ?Bahasa Melayu abad ketujuh bermaksud bahasa Melayu yang digunakan oleh kerajaan Melayu pada abad ketujuh di daerah Jambi, Sumatera. Bahasa Melayu pada masa itu disebut bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit.Makna08.01.2008
Soalan saya masih berkisar tentang kata sendi nama ' pada ' ,tatabahasa dewan edisi ketiga cetakan ketujuh memaparkan ayat contah yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama yang mengelirukan saya . sila lihat halaman 476 ayat contohnya : Begnya pada saya. dan lihat pula halaman 425 ayat contohnya : Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya.Peraturan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 274:i. kata nama/kata kerja + pada + kata nama dan ii. ada + pada + kata nama (manusia/haiwan). Berdasarkan pola tersebut kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Peraturannyanya menjelaskan apabila didahului kata "ada" sebelum kata sendi nama "pada" maka selepasnya mestilah kata nama (manusia/haiwan), tetapi kata "ada" tidak semestinya perlu ada sebelum kata sendi nama "pada". Contohnya seperti yang tuan nyatakan dalam ayat Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya dan Begnya pada saya.Tatabahasa17.12.2012
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku?Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya.Makna29.10.2007
Apakah bezanya kekah dan korban

Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

akikah

  • Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
  • korban

    • Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
Makna20.10.2009
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah.Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah?Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa18.02.2012
tambahan:- saya ingin mengetahui proses-proses yang perlu saya lalui untuk menerbitkan buku? bermula dari peringkat awal hingga akhir?

Assalamualaikum saudara,

                                       Sekiranya saudara ingin menerbitkan buku, maka proses yang perlu dilalui pertamanya ialah, saudara perlu mengetahui bidang yang hendak saudara tulis dan kepada siapa sasaran yang hendak ditujukan atau siapa pembacanya. Saudara perlu juga mengetahui cara bagaimana menulis kertas cadangan judul kerana sebelum mengemukakan bahan penulisan sebaik mungkin saudara perlu menyatakan cadangan penulisan ini dalam kertas tersebut dan dikemukakan kepada penerbit. Kertas seharusnya mengandungi halaman tajuk iaitu tajuk lengkap yang berupaya memancing pembaca. Kedua, ia harus juga mengandungi pernyataan konsep buku yang dinayatakan dengan jelas perkara dan skop buku, manfaat dan ciri terbaik buku, mengenal pasti khalayak dan menyatakan wibawa penulis. Perkara ketiga ialah jadual kandungan cadangan. Senaraikan kandungan kertas cadangan dan nomborkan mengikut susunan.  Keempat, nyatakan tentang perihal buku - gagasan dan matlamat yang dilakarkan dalam pernyataan konsep. Mengapa buku ini perlu diterbitkan. Kelima, nyatakan perihal penulis, wibawa bidang, kerjaya, pendidikan, anugerah dan penghargaan yang diperoleh dan maklumat diri. Keenam, perihal saingan dan pasaran. Ketujuh, jadual kandungan buku. Kelapan, ringkasan bab dan kesembilan, bab contoh.  

                                      Kertas ini perlulah dikemukakan kepada kami untuk diluluskan tajuk penulisannya. Setelah diluluskan, barulah penulisan bermula yang harus disiapkan dalam jangka waktu tertentu mengikut jadual yang ditetapkan. Setelah siap lengkap secara keseluruhannya, serahlah judul ini kepada kami untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial/Penerbitan. Apabila diluluskan, saudara dikehendaki menandatangani lesen perjanjian antara penerbit dengan saudara selaku penulis untuk tujuan pembayaran royalti. Proses seterusnya ialah penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, atur huruf, pruf dan seterusnya sehingga buku terbit.   

                                      Sekiranya, perlukan pertanyaan yang lebih terperinci mohon hubungi saya di talian 03-21481532. Maklumat lebih lanjut akan diberitahu kepada saudara. Sekian, harap maklum. 

 

 

 

Lain-lain12.06.2010
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014
12

Kembali ke atas