Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tul] | کتول

Definisi : gumpal, kepal (nasi, tanah, dll), kerat (tulang, kayu, dll); seketul segumpal, sekepal (nasi, tanah, dll); sekerat (tulang dll); berketul-ketul bergumpal-gumpal, berkepal-kepal; ketulan gumpalan, kepalan, ketul; ~ tanah gumpal tanah yg padat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tul] | کتول

Definisi : tegang berkedut (urat dll); mengetulkan; ~ kaki membengkokkan (melipatkan) kaki yg terlunjur; pengetul; urat (otot) ~ urat (otot) pd bela­kang lutut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tul] | کتول

Definisi : Jw ark tumpul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tul] | کتول

Definisi : 1 benda yg berbuku-buku keadaannya (spt garam kasar atau gula batu). 2 penjodoh bilangan utk benda yg berbuku-buku. berketul-ketul berbuku-buku keadaannya; bergumpal-gumpal; berkepal-kepal. ketulan gumpalan; ketul: ~ tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketul (kata nama)
1. Bersinonim dengan bongkah: kepal, blok, tongkah, tongkok, buku besar, gumpal, tokol, pukal, kimpal, tampang,

2. Dalam konteks kayu
bersinonim dengan kerat, bingkah,

Kata Terbitan : berketul-ketul, ketulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Rosmawar mengambil beberapa batang serai dan seketul kunyit hidup di belakang rumahnya. Soalannya penjodoh bilangan kunyit bolehkah kita menggunakan ketul dalam ayat ini?Ketul ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berketul, contohnya seketul tanah. Mengambil contoh seketul tanah maka bolehlah digunakan seketul kunyit dalam bentuk ketulan yang digali daripada dalam tanah.Tatabahasa17.07.2012
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut

1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas.

2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan.

    bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya.

3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut.

Lain-lain09.09.2009
Penjodoh bilangan untuk kunyit hidup?..kaki, tongkol, ketul..dlm skema kata kaki..minta maklum balas. TqDalam Kamus Dewan, di bawah entri kaki ada dimasukkan contoh sekaki kunyit.Tatabahasa21.05.2013
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang, kepah dan siput sedut ? (Biji, ketul atau ekor) Adakah SEMUA haiwan penjodoh bilangannya 'ekor'?Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang.Tatabahasa28.04.2010
salam. apakah penjodoh bilangan bagi ayam yang dipotong. ?

Penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayam yang sudah dipotong ialah ketul.

Istilah03.03.2010
Assalamualaikum.. Soalan saya,apakah penjodoh bilangan yang tepat bagi soalan di bawah dan harap dapat penjelasan bagi jawapan yang dipilih. 1. Pak Mat menggunakan beberapa........ arang untuk membakar ikan.(puntung atau ketul)Lazimnya digunakan seketul arang kerana bentuk arang itu yang telah dipecah-pecahkan daripada asalnya kepada bentuk yang lebih kecil.Tatabahasa31.07.2012
Salam sejahtera. Bagaimana hendak membezakan antara "spark" dengan "firework" kerana di sini ia diterjemahkan sebagai "bunga api" (sebenarnya kedua-dua itu mempunyai maksud dan konsep yang berbeza). Jadi adakah "percikan api" lebih sesuai untuk "spark" berbanding "bunga api". Harap boleh berikan keterangan lanjut.

Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, spark membawa maksud (1)  bunga  api yang dihasilkan apabila dua ketul batu saling digeselkan; (2) percikan api. Firework ialah bunga api. Dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan boleh dibezakan dengan konteks, contohnya, pesta bunga api – bunga api dalam konteks ini boleh merujuk pada firework, dan juga boleh merujuk pada spark apabila kita memahaminya sebagai pesta percikan api.

Istilah13.02.2014
Bolehkah berikan penjodoh bilangan yang sesuai untuk jodoh, tetikus, syiling,dan tahi? Sila jelaskan. Terima Kasih!Tidak semua kata memerlukan penjodoh bilangan seperti kata jodoh, ada perkataan hanya perlu diberikan unit sahaja seperti satu tetikus, dua tetikus Bagi kata syiling penjodoh bilangan yang sesuai ialah keping - penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (seperti kad, kertas, papan, dan sebagainya), dan penjodoh bilangan tahi ialah ketul -  penjodoh bilangan untuk benda yang berbuku-buku.Tatabahasa14.03.2010
1. Penjodoh bilangan yang paling tepat untuk "tulang". 2. Penggunaan yang paling tepat - "seketul tulang" atau "sebatang tulang".

Tulang bermaksud rangka tubuh manusia atau binatang serta bahagian-bahagiannya yang bersifat agak keras dan kuat. Bagi tulang yang berbentuk panjang dan lurus, penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang, manakala tulang yang berbentuk bongkah, potongan dan sebagainya yang keras, padu dan tidak terlalu besar, penjodoh bilangan yang sesuai ialah ketul. Pemilihan penjodoh bilangan yang sesuai haruslah digunakan mengikut bentuk dan struktur tulang yang dimaksudkan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 217, 1101 dan 2420.

Lain-lain24.10.2025
12

Kembali ke atas