Assalamualaikum, Saya mohon agar pihak tuan dapat memberikan penerangan yang terperinci mengaenai perkataan " INTEGRITI AMALAN KITA". Sekian, terima kasih. | Integriti bermaksud kejujuran, ketulusan atau keutuhan. Oleh itu ungkapan ini bermaksud kejujuran/ketulusan/keutuhan menjadi amalan seseorang atau organisasi. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Integrity(bahasa ingeris)=integriti(bahasa Malaysia moden)=ketulusan hati\kejujuran\keutuhan(bahasa Malaysia sebenar). Diragukan BM moden ini tanpa disedari akan menggalakkan rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa 'rojak' dan berbahaya jika kita ingin mempertabatkan Bahasa Malaysia. | Saudara Mohd. Hafiz, Perkataan 'integriti' diterima dalam bahasa Melayu sebagai variasi kepada perkataan ketulusan, kejujuran, keutuhan dalam usaha mempelbagaikan dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu bagi memberi pengguna lebih banyak pilihan kata. Penyerapan kata ini ke dalam bahasa Melayu tidak akan menggalakkan bahasa rojak kerana proses penyerapannya dibuat mengikut tatacara penyerapan kata daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu seperti yang ditentukan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah, manakala bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu dalam ayat, frasa atau wacana. | Lain-lain | 22.03.2010 |
integrity -makna kompeten -makna | integriti - kejujuran, ketulusan kompeten - cekap, layak atau sempurna | Makna | 03.04.2007 |
maksud integriti. | Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. | Makna | 08.01.2008 |
Apa maksud perkataan 'pamrih' dalam ayat di bawah. Dalam cinta tidak ada pamrih melainkan ketulusan. | Saudara, Perkataan 'pamrih' (bahasa Indonesia) bermaksud maksud yang tersembunyi dalam memenuhi keinginan untuk memperoleh keuntungan peribadi. Sila rujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia. | Makna | 20.12.2009 |
APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKAN | Adat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan. | Lain-lain | 24.10.2007 |
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannya | Ikhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud: (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. | Makna | 29.09.2014 |
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih. | 1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. 2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. 3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. 4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat. | Istilah | 02.04.2010 |