| Sejauh manakah bahasa melambangkan bangsa?Bincangkan tajuk ini dari aspek budaya,identiti,jati diri,perpaduan dan penyatuan rakyat untuk negara kita. | Keterampilan seseorang apabila berbahasa menunjukkan asal keturunannya,jika baik, baiklah bangsanya, jika tidak, sebaliknya. Untuk maklumat lanjut dan terperinci tentang tajuk yang diberi sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 11.12.2008 |
| 1.sinoplis sejarah melayu 2.aspek bahasa dalam sejarah melayu fonetik,fonologi,morfologi,sintaksis,semantik,kossa-kata | Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang merupakan karya agung orang Melayu yang mengisahkan tentang asal usul raja-raja Melayu dan keturunannya. Oleh sebab pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan. | Lain-lain | 17.02.2009 |
| ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Berdasarkan takrifan tersebut, darjat dan martabat membawa makna yang sama. | Istilah | 25.02.2009 |
| definisi sejarah sastera | Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah. Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya. Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga. Salah satu ciri yang menyebabkan sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. | Lain-lain | 06.08.2008 |