Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
unik (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan lain daripada yang lain, tersendiri, luar biasa, istimewa;,
Kata Terbitan : keunikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang tepat dalam ayat contoh di bawah. 1. (a) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya. atau (b) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal oleh keunikan seni ukirannya. Sekian, terima kasih,Kedua-dua ayat itu betul, namun kata sendi nama dengan lebih kerap digunakan, iaitu Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya.Tatabahasa01.08.2012
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008
mengapakah perkataan ternak tidak menjadi menernak sepertimana dalam contoh-contoh ini..tembak-menembak,timbus-menimbus,tukul-menukul..sebaliknya ternak jadi "menternak"Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Perkataan ternak - menternak - penternakan ialah sebahagian daripada kelompok kekecualian dalam bahas Melayu.Tatabahasa23.04.2012
1. Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 3. Nenek segera dibawa ke hospital kerana dia keracunan makanan. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. A. 1 dan 3 B. 2 dan 4 C. 1,2 dan 3 D. 2,3, dan 4 Apakah pilihan jawapan yang tepat?Jawapan: B. 2 dan 4, 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. Tatabahasa04.02.2009
adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Perdana sedangkan kita namakan Menteri Kesihatan , Menteri Pelajaran.... Sebab???Penggunaan Perdana Menteri sudah lama dan mantap penggunaannya. Oleh itu kita kekalkan penggunaannya walaupun tidak mengikut hukum DM. Inilah yang dikatakan keunikan sesuatu bahasa.Lain-lain19.08.2006
KENAPA BERLAKU KEKECUALIAN HUKUM D-M? APAKAH FAKTOR KEKECUALIAN HUKUM D-M BERLAKU? KESILAPAN UMUM DALAM KEKECUALIAN HUKUM D-M?Kekecualian peraturan Hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.01.2013
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa bersifat unik yang terkandung dalam ciri-ciri bahasa?boleh bagi maklumat lanjut?Sdr. secara umumnya bahasa dikatakan unik kerana melalui bahasa pelbagai perlakuan boleh dinyatakan. perasaan pedih, sakit, gembira dam sebagainya. seperkara lagi setiap bahasa itu mempunyai caranya tersendiri untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu. dan banyak lagi keunikan tentang bahasa. untuk keterangan dan huraian yang lebih mendalam saudara perlulah memdapatkan beberapa buku dalam pelbagai bahasa yang banyak menyatakan atau yang boleh menjelaskan soalan sdr. ini terima kasih.Tatabahasa09.08.2007
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa MelayuDalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Ejaan10.05.2012
Mengikut Kamus Dewan (ms 498), entri hadirin bermaksud sekalian yang hadir. Mengikut pemahaman saya, daripada maksud yang diberikan oleh KD, kata hadirin itu merupakan kata nama majmuk. Sekiranya perkataan tersebut sudah menunjukkan penanda majmuk, maka tidak perlu lagi ada perkataan lain yang juga menunjukkan penanda majmuk untuk mengelakkan kelewahan. Tetapi frasa contoh yang diberikan oleh KD iaitu "...para hadirin bertepuk tangan", mengikut pemahaman saya adalah lewah. Hal ini kerana kata "para" itu sudah menandakan jamak, maka kata tersebut tidak perlu digandingkan dengan kata "hadirin". Mohon penjelasan daripada pihak tuan.Pada pendapat saya,ayat para hadirin bertepuk tangan boleh ditulis sebagai hadirin bertepuk tangan. Tidak timbul soal lewah atau sebagainya. Itulah sebenarnya keunikan bahasa Melayu. Untuk keterangan lanjut sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Tkasih.Tatabahasa07.08.2008
12

Kembali ke atas