apakah kewajaran penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu | Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, antara lain termasuklah untuk mengayakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sastera. Pelajar atau guru dapat melihat betapa bahasa Melayu dapat digunakan secara meluas dalam pengukapan sastera, misalnya novel, sajak dan pantun. Estetika bahasa Melayu dapat di;hat dalam pengungkapan sastera. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Pusat Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Kuku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 13.01.2008 |
Assalamualaikum, Apakah kewajaran penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu? | Bahasa sastera dapat dikaitkan dengan laras bahasa, iaitu seperti laras sains, teknologi maklumat, undang-undang dan sebagainya. Pengajaran bahasa Melayu pada umumnya mengajar tentang struktur pembentukan ayat secara gramatis, manakala dalam bahasa sastera terdapat elemen "poetic license" yang yang mewajarkan adanya penyimpangan dari segi morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa sastera terangkumnya elemen semantik dan semiotik dalam penghasilan karya. Penyimpangan tersebut tidak bermakna bercanggah dengan pembentukan ayatbahasa Melayu yang gramatis, malah elemen tersebut dapat menimbulkan nilai atau unsur keindahan dalam karya sastera.Penggunaan kosa kata yang tidak lazim, dialek, kata-kata klasik yang terakam dalam karya sastera dapat memperkaya kosa kata seseorang pelajar.Bahasa sastera juga dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui tentang kesantunan bahasa yang terdapat dalam karya sastera. | Lain-lain | 15.01.2008 |
assalam saya ingin bertanya mengenai ciri-ciri kertas cadangan yang baik? 2. perbezaan antara kertas kerja dan kertas cadangan? 3. saya inginkan contoh kertas cadangan yang berkaitan dengan bahasa melayu sebagai contoh kertas cadangan pesta pantun, bengkel bahasa melayu, pertandingan pidato dan sebagainya.. 4. apakah yang perlu ada dalam satu kertas cadangan? | Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna pakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan juga merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan. | Lain-lain | 30.08.2012 |
salam, saya ada menghasilkan penulisan dan ingin menerbitkan hasil penulisan tersebut. Bagaimana DBP dapat membantu agar karya tersebut dapat diterbitkan. Adakah ia memerlukan kos? Dan, apa kriteria yang diperlukan dalam penghasilan buku tersebut? | Assalamualaikum saudara, Semua hasil penulisan yang dihasilkan oleh penulis, boleh diterbitkan oleh DBP sekiranya ia sesuai diterbit. Saudara hanya perlu menghantarkan bahan yang berkenaan kepada DBP dan kami akan membuat penilaian tentang kewajaran sama ada ia boleh diterbitkan atau tidak. Penilaian akan dilihat dari aspek kesesuaian penulisan itu dengan perancangan dan matlamat DBP. Bahan yang ditulis hendaklah bahan yang asli, menepati bidang dan sasaran pembaca. Isi kandungannya baik dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Sekiranya diterbitkan oleh DBP, semua kos akan ditanggung oleh DBP dan pencetak. Penulis akan dibayar royalti mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan kategori buku yang diluluskan. Sekiranya saudara berminat, sila ajukan bahan yang berkenaan kepada: Pengarah Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926, Kuala Lumpur. Semoga jawapan ini dapat membantu saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 03.02.2010 |