Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ji.ban] | کواجبن

Definisi : kewajipan 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewajiban


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah kita menjelaskan kosa kata ~"kewajiban" bermaksud sesuatu yang wajib dilakukan dalam kehidupan, manakala "kewajipan" pula bermaksud sesuatu yang tertera atau yang tertulis?Untuk makluman, kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib¬kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.
Tatabahasa01.10.2015
1. Sila jelaskan perbezaan untuk kosa kata di bawah ini kerana sukar mendapatkan satu kepastian~'kewajiban' dengan 'kewajipan' DAN 'perburu' dengan 'pemburu'. 2. Yang manakah betul~ a. Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa b. Dengan ini dimaklumkan c. Adalah dimaklumkan dengan ini d. Dengan ini dimaklum bahawaPenggunaan yang betul:

1. Kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.

2. Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

3.  Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa…  Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.
Tatabahasa28.09.2015
salam sejahtera. aya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "kewajiban" dan "kewajipan". adakah kedua-duanya sama atau ade perbezaan apabila ingin menbuat ayat? harap pihak DBP dapat membantu.Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.Tatabahasa20.01.2010
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa27.12.2006
jawapan atau jawaban yang mana satu betul? kewajiban atau kewajipan? terima kasih.Dari segi pembentukan kata jawab + akhiran an menjadi jawaban. Tetapi ejaan jawapan sudah mantap digunakan. Begitu juga dengan kata wajib. Yang mantap digunakan ialah kewajipan. Ejaan31.01.2008
Untuk makluman pihak YBrs. Tuan Rektor, telah menjadi kewajiban persatuan menganjurkan program bagi mengimarahkan Ramadan. Selain itu juga adalah sebagai salah satu medium meningkatkan pengisian iman secara santai kepada semua ahli persatuan khususnya malah turut melibatkan staf dan pelajar amnya. soalan: bolehkah perkataan persatuan menggunakan huruf besar?Perkataan persatuan perlulah menggunakan huruf kecil dalam ayat di atas kerana ia merupakan kata nama am.  Ejaan22.02.2023
difinisi tanggungjawab

Sdr, 

 Tanggungjawab ialah kewajiban yangg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat tanggungjawabnya.

Makna15.04.2009
apakah maksut perkataan bertanggung jawab, berhati mulia, berperibadi mulia dan persahabatan?Maksud tanggungjawab ialah kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna05.08.2008
Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat m/s 615 & 1795. Adakah kata ` jawapan`dan `jawaban` membawa maksud yang sama dan boleh bersilih ganti pengggunaannya? Begitu juga kata ` kewajipan` dengan `kewajiban`?Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.Istilah18.04.2009
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
12

Kembali ke atas