Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ji.pan] | کواجيڤن

Definisi : 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ji.pan] | کواجيڤن

Definisi : 1 sesuatu yg diwajibkan: ~nya terhadap orang tuanya tidak pernah dilalaikan. 2 tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,

Peribahasa

Tumbuh pada alur sudah diturut;
     tumbuh pada jalan sudah ditempuh.

Bermaksud :

Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada terdapat perbezaan penggunaan "obligasi" dan "kewajipan", contohnya "obligasi" lebih lazim digunakan dalam bidang kewangan dan "kewajipan" lebih lazim digunakan dalam konteks lain. Terima kasih.Obligasi bermaksud sesuatu yg mesti dilaksanakan atau kewajiban. Penggunaannya tidak terhad dalam bidang kewangan semata-mata, sebaliknya turut digunakan dalam bidang yang lain seperti pentadbiran, ekonomi, pentadbiran perniagaan dan pendidikan.Makna04.06.2020
1. Bolehkah kita menjelaskan kosa kata ~"kewajiban" bermaksud sesuatu yang wajib dilakukan dalam kehidupan, manakala "kewajipan" pula bermaksud sesuatu yang tertera atau yang tertulis?Untuk makluman, kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib¬kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.
Tatabahasa01.10.2015
jawapan atau jawaban yang mana satu betul? kewajiban atau kewajipan? terima kasih.Dari segi pembentukan kata jawab + akhiran an menjadi jawaban. Tetapi ejaan jawapan sudah mantap digunakan. Begitu juga dengan kata wajib. Yang mantap digunakan ialah kewajipanEjaan31.01.2008
1. Sila jelaskan perbezaan untuk kosa kata di bawah ini kerana sukar mendapatkan satu kepastian~'kewajiban' dengan 'kewajipan' DAN 'perburu' dengan 'pemburu'. 2. Yang manakah betul~ a. Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa b. Dengan ini dimaklumkan c. Adalah dimaklumkan dengan ini d. Dengan ini dimaklum bahawaPenggunaan yang betul:

1. Kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.

2. Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

3.  Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa…  Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.
Tatabahasa28.09.2015
huraian mengenai inisiatif, proaktif dan bertanggugjawab, saya perlukan maksud beserta huraian1.  Inisiatif bermaksud daya usaha. 2. Proaktif bermaksud bekenaan sikap positifmerangka atau melakukan sesuatu tindakan. 3. Tanggungjawab bermaksud kewajipan yang dipikul oleh sesorang. Bertanggungjawab bermaksud mempunyai tanggungjawab atau kewajipan terhadap sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  Makna05.02.2008
salam sejahtera. aya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "kewajiban" dan "kewajipan". adakah kedua-duanya sama atau ade perbezaan apabila ingin menbuat ayat? harap pihak DBP dapat membantu.Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.Tatabahasa20.01.2010
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa27.12.2006
Tuan, Istilah "legal obligation" - bolehkah ia diterjemah sebagai "kewajipan undang-undang"? Terima kasih.Boleh tuan.Lain-lain24.09.2018
Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat m/s 615 & 1795. Adakah kata ` jawapan`dan `jawaban` membawa maksud yang sama dan boleh bersilih ganti pengggunaannya? Begitu juga kata ` kewajipan` dengan `kewajiban`?Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.Istilah18.04.2009
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
12

Kembali ke atas