Encik, Antara "dari segi kewangan" dengan "daripada segi kewangan" yang manakah betul? Mengapakah? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "dari segi kewangan" kerana kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama daripada hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan artau perbezaaan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.03.2009 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |
Soalan 1: A ) meningkatkan sumber kewangan B) menambahkan sumber kewangan Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B ? Soalan 2: A)Semua penduduk kampung B) Seluruh penduduk kampung C) Penduduk-penduduk kampung ? Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B atau C ? Soalan 3: "Seorang penduduk kampung sedang mengecat dinding pondok itu." Betulkah penggunaan seorang penduduk kampung? Terima kasih. | 1. (B) menambahkan sumber kewangan 2. (A)Semua penduduk kampong, (B) Seluruh penduduk kampung 3. Frasa "seorang penduduk kampong" boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.06.2014 |
Mohon pencerahan berhubung tatabahasa bagi ayat berikut: i) peraturan kewangan semasa Kerajaan; atau ii)peraturan kewangan Kerajaan semasa. terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah peraturan kewangan semasa kerajaan. Perkataan semasa menerangkan peraturan kewangan pada sesuatu masa tersebut, bukan menerangkan kerajaan yang semasa. | Tatabahasa | 30.12.2016 |
Ini adalah cadangan tajuk untuk sebuah buku. Kekeliruan timbul untuk meletak perkataan ASAS. Tajuk buku ialah : 1.Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan atau 2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas | Kedua-dua tajuk buku tersebut berbeza, iaitu: 1. Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan bermaksud buku kerja yang asas bagi Perancangan Kewangan. 2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas bermaksud buku kerja tentang Perancangan Kewangan yang asas. | Tatabahasa | 04.02.2009 |
Yang manakah penggunaan perkataan lebih tepat samaada "Kelulusan Segera" ataupun "Kelulusan Pantas"? Bagi menunjukkan situasi kelulusan permohanan pinjaman kewangan dari institusi kewangan. | Istilah yang tepat ialah kelulusan segera. | Tatabahasa | 17.09.2013 |
Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Adakah ayat dan ejaan ( Pengurus Besar Jabatan Kewangan) di atas betul? | Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.05.2017 |
Dalam penyata kewangan, mana satu istilah yang sesuai untuk digunakan ya? 1. Lain-lain pendapatan 2. Pendapatan-pendapatan lain | Salam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah Pendapatan lain. Lain dalam maksud ayat tersebut sudah membawa maksud pendapatan daripada sumber yang berbeza. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 06.04.2020 |
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV? | Saudara Joseph, Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'. | Istilah | 22.06.2009 |
Bahagian Pembiayaan Kewangan | financing division | Lain-lain | 12.11.2008 |