Apakah terjemahan untuk perkataan vigilante atau definisi paling tepat untuk menjelaskanya? | Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan tuan, "vigilante" bermaksud anggota sukarelawan yang mengawasi keamanan di sesuatu kawasan. Untuk maklumat tambahan, istilah sasar bagi perkataan "vigilance" pula ialah kewaspadaan yang digunakan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan psikologi. Istilah sasar bagi istilah sumber "vigilance committee" ialah jawatankuasa pengawasan yang selalu digunakan dalam bidang sains politik. Justeru, penggunaan istilah yang tepat dan bersesuaian bergantung kepada konteks ayat. Terima kasih. | Istilah | 18.01.2018 |
Apakah padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah "online vigilantism"? | Tidak ada maklumat tentang frasa online vigilantism dalam pangkalan data kami. Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Jika Kami mencadangkan online vigilantism diterjemahkan kepada kewaspadaan sistem atau kewaspadaan dalam talian, berdasarkan konteks penggunaan ayat tersebut (sila semak konteks penggunaannya). | Penyemakan dan penterjemahan | 26.03.2015 |