trade in and repeat the key for key cycle again after year 6 | Mohon perjelaskan pertanyaan puan. Sekiranya puan ingin menyemak terjemahan, sila sertakan cadangan terjemahan puan. | Lain-lain | 27.03.2014 |
Saya ingin mendapatkan maksud "Key Population" dalam Bahasa Melayu. Key population biasanya merujuk kepada masyarakat terpinggir, dalam konteks penyelidikan yang sedang saya lakukan "Key population" merujuk kepada komuniti "Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender". Mohon maklumbalas segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Cadangan padanan perkataan "key population" ialah masyarakat berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat. | Istilah | 17.01.2020 |
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Key Fob" dalam Bahasa Melayu? "Key Fob" adalah sejenis token sekuriti (peranti perkakasan kecil dengan bina dalam mekanisme pengesahan. Sumber: http://searchsecurity.techtarget.com/definition/key-fob Saya mendapati beberapa laman web menggunakan "Kunci Fob". Adakah terjemahan tersebut boleh diterima pakai? Terima kasih. | Padanan Kunci Fob bagi Key Fob boleh diterima kerana dalam bidang kesenian kata fob itu dikekalkan bentuknya seperti reben fob. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2015 |
Apa terjemahan yang diiktiraf oleh DBP bagi "key stakeholders"? | "Key stakeholders" merujuk individu atau pihak utama yang berkepentingan. | Makna | 12.11.2014 |
Salam sejahtera, Adakah "golongan utama" boleh digunakan bagi terjemahan "key persons"? Jika tidak, boleh berikan pendapat anda? Mohon pendapat dan bantuan DBP. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang golongan utama atau key person dalam pangkalan data kami. Dalam frasa non-formal key person, key person diterjemahkan kepada tokoh penting. Kami berpandangan dalam bidang penterjemahan, penterjemah lebih memahami dan dapat menghasilkan terjemahan yang ltepat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak penggunaan sesuatu kata dari aspek binaan kata terjemahan tersebut ke dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2015 |
Apakah terjemahan dlm bM bagi "key in"... cth ayat Saya perlu key-in maklumat itu dengan segera. Tqvm | Padanan bagi key-in ialah memasukkan, seperti measukkan data. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2015 |
Salam.. Saya menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan "Key Resource Allowance" dalam bahasa malaysia. Harap dapat pandangan dari pihak tuan. Terima kasih halik | Untuk makluman istilah key resource allowance tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk key ialah utama atau penting, resource ialah sumber dan allowance ialah elaun. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk key resource allowance ialah elaun sumber utama. | Istilah | 11.07.2011 |
kenapa key log in masalah? | Tuan boleh menghubungi En. Shaufi (03-2147 9389) atau En. Saiful (03-21479691) untuk pertanyaan berkenaan dengan sistem pengesahan iklan kami. Terima kasih. | Lain-lain | 11.06.2017 |
Terjemahan untuk 'Key Audit Matters' = Hal-hal Audit Utama | Perkataan key audit matters boleh diterjemahkan kepada perkara audit utama atau perkara utama audit, bergantung pada konteks penggunaannya. | Lain-lain | 03.05.2017 |
Apakah terjemahan untuk 'Key Takeaways" - adakah pembelajaran? terima aksih | Konsep “key takeaway” dalam bidang pendidikan juga dikenali sebagai “learning by doing” atau “experienced based learning”. Maka, padanan istilah yang sesuai bagi semua konsep tersebut ialah pembelajaran berasaskan pengalaman, iaitu kaedah yang digunakan bagi mengukuhkan lagi proses pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor melalui pengalaman pelajar di luar atau di dalam bilik darjah. | Istilah | 06.02.2020 |