Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi 'keyboard' dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada sejenis alat muzik? adakah perkataan 'kibod' sesuai digunakan dalam bahasa melayu untuk merujuk kepada keyboard? | Keyboard, iaitu sejenis alat muzik dikekalkan bentuk ejaannya dalam bahasa Melayu. Jika merujuk keyboard, sejenis peranti yang digunakan bersama komputer, terjemahannya ialah papan kekunci. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2014 |
GUITAR ,VOCAL ,VIOLIN ,GUZHENG ,UKULELE , KEYBOARD, PIANO ,DRUMS | Gitar, vocal, violin, Guzheng, Ukulele, keyboard, piano dan dram. | Ejaan | 07.04.2015 |
Salam tuan, Saya ada dua soalan tentang huruf jawi. Saya ada download aplikasi keyboard jawi untuk telefon bimbit. Saya musykil dengan satu huruf ini - ro dengan tiga titik atas. Apakah huruf itu? Adakah ia mewakili huruf X? Seperkara lagi adalah huruf - wau satu titik atas. Huruf itu adalah va atau vau? Sekian, terima kasih. Irlan Ishak | Tidak ada simbol baru dalam huruf Jawi yang dilambangkan dengan huruf ro bertitik tiga. Simbol wau bertitik satu disebut va. | Ejaan | 29.07.2013 |
Hi admin sy josephine dari HY PLASTIC TRADING KILANG KAMI NAK DAFTAR IKLAN Saya sdh 3 KALI DAFTAR DI( http://sbmb.dbp.gov.my) papan iklan tapi tidak lulus kenapa ye? Sistem Bahasa Melayu Bersepadu - Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia sbmb.dbp.gov.my Josepin Elshadai Josepin Maklumat Permohonan No. Pendaftaran 32308/2017 Jenis Pengesahan * Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Nilai (sila pilih satu PBT atau pilih "Pihak Berkuasa Tempatan" dari senarai untuk lebih dari satu PBT) Nama Institusi/Syarikat HY PLASTIC RECYCLE TRADING Tajuk Iklan* PEJABAT URUSAN Display virtual keyboard interface Lampiran * (format fail yang dibenarkan - jpg dan gif, maksimum fail - 2MB) Lampiran Semasa: SSM.JPG Choose file * Sila masukan Lampiran Teks dalam Iklan HY PLASTIC RECYCLE TRADING GST ID: 001012731904 Display virtual keyboard interface Kemas Kini Keluar Sejarah Pengesahan Bilangan Pengesahan : 1 - Tarikh Mula Proses Permohonan : 29/05/2017 07:31 - Tarikh Pengesahan : 29/05/2017 14:09 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Tiada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. DBP tidak mengesahkan logo atau nama syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “PEJABAT URUSAN” di ba | Kami telah membuat semakan berkaitan iklan (32308/2017) dan kami dapati lampiran yang saudara sertakan ialah "visual Perakuan Pembaharuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956" dan status permohonan tidak diluluskan kerana dan tidak menepati/bukan Visual Papan Iklan Premis. Saudara perlu lampirkan visual Iklan Premis untuk membuat pengesahan semula ke laman Pengesahan Bahasa DBP http://dbpsahbahasa.my/. | Lain-lain | 08.06.2017 |
Ingin mengetahui makna perkataan `samrah' di mana ia ada digunakan untuk festival samrah yang merupakan lagu dan tarian berkonsepkan seni arab. Harap mendapat panduan daripada pihak DBP tentang makna perkataan `samrah' tersebut. Terima kasih. | Samrah ialah persembahan kebudayaan Arab yang menggabungkan zafin dan syarah diiringi nyanyian dan alunan alat muzik seperti tarbus, biolamarwas, bongo, darabuka dan keyboard. | Makna | 05.02.2009 |