"-------- kg itu berlaku banjir? tanya Siti kepada ibunya. A. Bilakah B. Mengapakah Mana paling tepat? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud bila ialah kata tanya untuk menanyakan waktu yang mana atau bila-bila sebarang masa manakala mengapa pula bermaksud kata yang digunakan untuk menanyakan sebab. Maka perkataan Bilakah atau Mengapakah ini boleh digunakan bagi menjawab soalan yang diberikan. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Penggunaan 'per' atau 'par' Yang mana satukah yang betul: 1) Beratnya 50 kg per kotak atau Beratnya 50 kg par kotak? 2) Harga percutian ialah RM300 per pax atau par pax? | Untuk makluman perkataan "per" tidak digunakan dalam konteks ini. 1. Ayat yang dicadangkan ialah Berat satu kotak ialah 50 kg atau Berat sekotak ialah 50kg 2. Harga percutian ialah RM300 seorang. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2016 |
MOHON MENDAPAT EJAAN SINGKATAN UNTUK PERKATAAN "KAMPUNG". SAYA SELALU MELIHAT EJAAN TERSEBUT SEBAGAI "KG" SAHAJA DI PAPAN TANDA TEPI-TEPI JALAN. | Singkatan bagi istilah kampung ialah kg. (perlu letak tanda titik) | Ejaan | 26.09.2016 |
sistem ejaan singkatan, seperti 5 kilometer, ditulis sebagai 5km atau 5 km (ditulis rapat atau jarak). 75kg atau 70 kg | Ditulis jarak 5 km 10 kg | Ejaan | 08.08.2012 |
Berkataan semua ada betul? Terima kasih! | 1. IKAN SIAKAP SEEKOR 2. BERAS JASMINE 10 KG 3. Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila pilih daftar iklan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Untuk panduan seterusnya rujuk tatacara yang disediakan dalam sistem tersebut. | Tatabahasa | 06.12.2017 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan "kehilangan" dalam ayat berikut adalah betul: Dia kehilangan 3 kg dalam seminggu. Terima kasih. | Ayat tersebut kurang tepat kerana lazimnya kata "kehilangan" merujuk makna menderita kerana hilangnya sesuatu. | Tatabahasa | 02.06.2015 |
Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram? | Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg. | Lain-lain | 24.02.2007 |
saya hendak memohon lesen perniagaan ke MBSA.mohon tunjuk ayat yang betul untuk mempamirkan lakaran papan iklan. KEDAI MENJUAL BARANGAN LOGAM DAN ELETRIK. ZAINAH JAYA ENT. lot1993 B jalan utama kg.kubu gajah sg.buloh selangor telp.01118693358 | Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. | Lain-lain | 05.11.2018 |
Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar? | 'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Apakah maksud ayam pedaging?Adakah sama maksud dengan ayam daging? Yang manakah betul 1) Saya menternak ayam pedaging? 2) Saya menternak ayam daging? | Ayam Pedaging ialah ayam yang dipelihara untuk menghasilkan daging. Tempoh pemeliharaannya lebih kurang enam minggu supaya berat badannya mencapai kira-kira 2 kg. Biasanya ayam ini terdiri daripada baka kacukan yang boleh memberi hasil pertumbuhan yang tinggi apabila diberi makanan yang diformulasi khusus. Yang betul Ayam Pegaging. | Makna | 07.05.2015 |