Salam sejahtera. [kh] dalam kata "akhir" ialah diftong atau konsonan bergabung? [kr] dalam krayon ialah diftong atau konsonan bergabung? Terdapat buku yang membezakan antara digraf dengan konsonan bergabung. Terima kasih. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Perkataan akhir dan krayon bukan diftong tetapi digraf. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Andrew Kh'ng Ying Hao MON 15:50 Andrew Kh'ng Ying Hao Andrew Bila akan ada kamus dewan edisi kelima? | Belum ada perancangan penerbitan Kamus Dewan Edisi Kelima. Tumpuan diberikan untuk menyelesaikan Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan. | Lain-lain | 13.02.2017 |
Andrew Kh'ng Ying Hao 13 FEBRUARY 15:50 Andrew Kh'ng Ying Hao Andrew Bila akan ada kamus dewan edisi kelima? | Untuk maklumat lebih terperinci, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Perkamusan berkenaan perkara tersebut. 03-2147 9177 03-2147 9196 Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.02.2017 |
Salam sejahtera . [kh] dalam kata akhir ialah digraf atau konsonan bergabung? Terima kasih. | Huruf "kh" dalam perkataan akhir ialah digraf. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
adakah perkataan " sangat" merupakan digraf? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. "Sangat" bukan diagraf.
| Lain-lain | 24.08.2014 |
jawapan bagi perbezaan digraf dengan konsonan bergabung yang diberikan oleh http://prpm.dbp.gov.my/ amat mengelirukan kerana dinyatakan kedua-duanya adalah hampir sama. Adakah digraf hanya melibatkan ng, ny, kh dan sy manakala konsonan bergabung melibatkan gabungan dua konsonan selain daripada digraf (seperti dr, pr, kr, tr, sk, kl, .....) Senarai perkataan / contoh-contoh perkataan bagi kedua-dua komponen ? Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 06.05.2014 |
Tuan, kata 'sebab'(KN) boleh digunakan sebagai Kata Hubung (KH) ? | Perkataan 'sebab' ialah kata nama. Perkataan 'sebab' boleh dijadikan kata hubung dengan syarat disertakan kata sendi nama 'oleh' untuk menjadi frasa sendi nama 'oleh sebab' yang membawa maksud 'kerana'. | Tatabahasa | 14.08.2014 |
apakah perbezaan antara digraf dan konsonan bergabung? perkataan seperti kh, gh, ng, ny dan sy ialah digraf. jadi, perkataan seperti krim, drama, skor, klinik ialah konsonan bergabung. bagaimanakah pula dengan perkataan pisang, potong, kacang? terima kasih atas keprihatinan tuan menjawab soalan saya. | Perkataan ng dalam pisang, potong dan kacang merupakan digraf. | Tatabahasa | 26.06.2013 |
Salam sejahtera, 1 Suku kata bagi tarikh ialah ta.ri.kh atau ta.rikh? 2.suku kata bagi akhir ialah a.khir? Terima kasih. | Pemenggalan suku kata yang betul ialah ta+rikh dan a + khir. | Tatabahasa | 01.08.2020 |
Setahu saya, semasa di maktab perguruan, saya belajar konsonan bergabung ialah gh,kh,ng,ny dan sy. Jadi digraf ialah konsonan bergabung (dua konsonan berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi ). Adakah Klinik iaitu kl digraf? Saya juga belajar konsonan berganding (dua konsonan berturut-turut tetapi menghasilkan dua bunyi atau dipisahkan apabila dieja mengikut suku kata , contohnya hantar - nt ). Mengapakah buku teks BM tahun 3 (SJK(c) tidak sebut tentang konsonan berganding tetapi hanya digraf dan konsonan bergabung yang sama? Bagi kebanyakan guru, mereka menganggap konsonan bergabung bukan digraf tetapi konsonan berganding. Murid- murid telah belajar konsep yang salah. Bagi cucu saya, perkataan seperti promosi, klik,program ,,hibrid dan perkataan daripada b. Inggeris ialah konsonan bergabung. Sila jelaskan. Terima kasih. | Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. Untuk hal yang berkaitan dengan penerbitan buku teks Bahasa Malaysia termasuklah kandungannya, kami mencadangkan tuan menghubungi Editor yang bertanggungjawab, iaitu Puan Zaiton binti Ismail melalui talian 03-21479000 atau e-mel zaiton3@dbp.gov.my.
| Tatabahasa | 10.12.2015 |