Khalidah Khalid WED 2:02PM Khalidah Assalamualaikum, saya ingin bertanya. sy adalah pemenang saguhati sayembara menulis puisi anjuran DBP dan sy tidak menghadiri majlis penyampaian hadiah kerana saya spm. Bleh sy tahu, adakah hadiahnya di pos ke rumah ataupun tiada hadiah? | Sila hubungi urus setia pertandingan berkenaan seperti yang tertera pada makluman pertandingan. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau telefon 03-21479000/9001/9002 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.12.2015 |
Nadiah Khalid Nov 14th, 8:09pm Salam...Ada masalah dengan laman web pusat rujukan ke?...Tak boleh buka dari semalam... | Capaian ke laman web di DBP kini telah boleh dibuat seperti biasa. | Lain-lain | 14.11.2015 |
Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Tuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu. | Lain-lain | 08.07.2014 |
Encik Khalid sedang __________ roti canai di restorannya. A.menguli B.menebar C.mencanai D.menebar | Semua betul. Jawapan bergantung kepada perbuatan encik Khalid ketika itu. | Tatabahasa | 20.11.2008 |
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA MENULIS NOVEL SAINS ANGKASA 2013/2014 DAN PELANCARAN SAYEMBARA MENULIS KARYA KREATIF 2015 Khalid Al Walid Adakah novel yang menang akan diterbitkan oleh DBP? | Untuk makluman, semua novel dan bahan karya lain yang menang dalam kedua-dua sayembara akan diserahkan kepada Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP untuk diterbitkan | Lain-lain | 17.12.2014 |
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) Bhd | Ya benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum. | Makna | 09.07.2014 |
Abrar Sabawi Dec 26th, 3:49am Salam,adakah saya boleh dapatkan buku keluaran dbp secara online? | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 26.12.2014 |
Tansri Azizi Jan 24th, 6:05pm DBP masih ada stok buku sastera politik dan masyarakat tulisan Abdul rahman embong terbitan thun 2014 | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.01.2015 |
Tansri Azizi Nov 14th, 10:55pm salam..saya ingin membeli buku PERTEMBUNGAN TAMADUN DAN PEMBENTUKAN SEMULA ORDE DUNIA, 2008 terbitan DBP..harap masih ada... | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.11.2014 |
assalamua'laikum... saya nur hafizah dari UPSI..boleh tak saya nak minta biodata dan sumbangan shahrunizam abdul talib... hal ini kerana saya di minta oleh pensyarah mengkaji sajak beliau iaitu "di dada mereka ada khalid" dalam buku anak global.. saya perlukan biodata dan sumbangannya untuk dimasukkan dalam tugasan ni.. | Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. | Lain-lain | 07.03.2010 |