Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.tam] | ختم

Definisi : 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (mem­baca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penu­tup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW); berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.tam] | ختم

Definisi : tamat atau selesai (mengaji atau membaca Quran): Setelah ~ mengaji Quran, putera itu belajar menunggang kuda dan bermain tombak. berkhatam, = ~ Quran tamat atau selesai belajar atau membaca Quran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khatam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya kepada tuan tentang penggunaan istilah 'geng'..saya sudah menyemak di dalam kamus dewan yang membawa erti kumpulan pekerja atau kumpulan penjahat. Saya ingin kepastian samada istilah tersebut sesuai atau tidak untuk digunakan di sekolah saya memandangkan kami akan memberikan badge kepada murid yang sudah khatam Al-quran dengan melabelkan pada bedge tersebut dengan GENG KHATAM.. Cadangan ini berikutan fenomena pihak media tv yang menggunakan istilah tersebut seperti rancangan geng bas sekolah dan geng surau di ASTRO.. sekian, harap dapat penjelasan dari tuan... terima kasih.Kata geng lazimnya dikaitkan dengan konotasi negatif, iaitu yang dilakukan bersama-sama untuk pekerjaan jahat. Kata geng jika dikaitkan dengan pekerjaan yang baik seperti 'Geng Khatam' dan 'Geng Surau' sememangnya tidak sesuai dari segi makna kata tersebut. Oleh itu, kami cadangkan nama ini ditukar kepada nama lain yang membawa maksud yang baik dan tidak dikaitkan dengan konotasi negatif sesuai dengan konsep rancangan tersebut seperti 'Rakan Khatam' dan 'Rakan Surau'. Tatabahasa05.04.2011
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'bunga telur' yang biasa disediakan semasa majlis perkahwinan atau khatam Al-Quran?Terdapat dalam beberapa penulisan menggunakan 'secucuk' sebagai padanan penjodoh bilangan 'bunga telur'. Selain daripada itu 'sepahar' (banyak) juga digunakan untuk 'bunga telur'.Tatabahasa29.09.2009
Salam sejahtera dan selamat malam. Apakah perbezaan antara mengaji dengan mengkaji? Sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Pelajar, mengaji ditakrifkan sebagai membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~



di sekolah kampung.



Manakala mengkaji ialah menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~hal angkasa, bintang, dan planet.

Tatabahasa05.07.2013

Kembali ke atas