Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khid.mat] | خدمت

Definisi : 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, mak­lumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khid.mat] | خدمت

Definisi : kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon semakan pada lampiranUntuk khidmat pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain19.09.2013
mohon semakan pada lampiran 2Untuk khidmat pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain19.09.2013
khidmat pengesahan bahasa DBP dalam talian untuk lesen perniagaan.klik dekat dalam E perkhidmtan tak dapat daftar terimakasih.Cuba ulangi semula dan jika masih bermasalah sila datang ke Bahagian Penguatkuasaan, Tingkat 25 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain26.10.2011
Saya ingin dapatkan kelulusan dari DBP untuk pemohonan lesen banner dari MBJB. Terima Kasih.Untuk khidmat pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) .Lain-lain11.11.2013
Tuan/puan, saya mohon khidmat nasihat untuk kelulusan papan iklan seperti yang di lampirkan untuk rujukan pihak tuan/puanSila terjemah "OFFICE & RETAIL TO LET" kepada bahasa Melayu. Sila hantar iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk mendapatkan sijil pengesahan iklan. Sila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, klik menu e-Perkhidmatan, klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, Daftar dan sistem akan memberi Kod pengaktifan melalui e-mel. Klik menu Permohonan, isi maklumat yang diperlukan berkenaan iklan dan klik Daftar.Lain-lain15.05.2012
slm... saya x jumpa 'KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA'. hanya jumpe Khidmat nasihat bahasa... saya ingin memohon lesen perniagaan... dan ingin sertakan visual papantanda syarikat untuk pengesahan bahasa sebelum attach sekali kepada Majlis perbandaran tempat saya... Urgenttt....Sila lihat domain ketiga selepas Khidmat Nasihat Bahasa, Pantau Tegur Bahasa dan ketiga Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain06.04.2012
Bagaimana mendapat translation services dari DBP?DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk khidmat terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjamah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain18.10.2012
salam saya ingin memohon lesen Majlis Perbandaran untuk signboard kedai. Pihak Majlis nasihatkan sy untuk dapatkan khidmat dewan bahasa. disini saya sertakan iklan tersebutUntuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa' (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk makluman awal, perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan jika teks bahasa Inggeris tersebut ingin dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).Lain-lain02.04.2012
Visual approval for license applicationUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" bukan "Khidmat Nasihat Bahasa".Lain-lain28.03.2012
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.

1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 

2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING"

Tatabahasa18.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas