File tersebut tak dapat diakses dari luar. Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni tak ada masalah... Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas [SMS] Bahasa Melayu Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Ini screenshotnya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Ini screenshot-nya... | Mungkin masalah itu disebabkan sever tuan atau tuan boleh cuba lagi. | Lain-lain | 06.01.2014 |
SAYA PERLUKAN KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DARI DBP UNTUK MEMOHON LESEN KOMPOSIT. BAGAIMANA CARA NYA? | Sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 12.01.2018 |
SAYA INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT MENGENAI LETTERHEAD SYARIKAT SAYA INI SAMA ADA BETUL DARI SEGI FORMAT NYA. TERIMA KASIH | Untuk makluman, surat merupakan dokumen yang perlu disemak dan kadar penyemakan dokumen bahasa Melayu ialah RM8 untuk satu halaman (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 29.01.2021 |
saya ingin bertanya macam mana kah cara nya bagi saya sebagai seorg pelajar ingin membuat laporan.maksud saya bagaimanakah harus saya memulakan ayat pendahuluan?terima kasih | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Cara bagi saudari untuk memulakan ayat pendahuluan kebiasaannya bergantung kepada jenis laporan atau karangan yang dihasilkan. Namun begitu, bagi membantu, saudari boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Taip pada carian dan insyaallah bahan yang diperlukan akan dipaparkan. Namun begitu, saudari juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP dan mendapatkan maklumat berkaitan laporan. Bahan juga boleh diperoleh dengan membuat rujukan pada tajuk yang diberikan ini: Panduan Bahasa & Format Penulisan (Laporan Maimunah Hj. Omar) . Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 26.02.2007 |
Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |
SAYA BARU NAK MENDAFTAR PAPAN TANDA KEDAI SAYA. BAGAIMANA CARA NYA? APA YG PERLU SAYA LAKUKAN. | Untuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sila ikuti arahan selanjutnya. | Lain-lain | 23.07.2013 |
Salam.. Apakah istilah paling tepat untuk "servicing" samada penyelenggaraan, senggaraan, penyenggaraan atau selenggara dan apakah definasi nya yang paling tepat.. sekian trerima kasih.. SAPARI BIN YAHAYA Shah Alam | Istilah servicing dalam bidang Kejuruteraan ialah rawatan, manakala makna lazim ialah khidmat atau perkhidmatan. Penyelenggaran/pengenggaraan padanan dalam bahasa Inggerisnya ialah maintenance. | Istilah | 05.05.2009 |
adakah peperiksaan awam malaysia harus di mansuhkan supaya di ganti dengan assignment atau sebagai nya supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti kerana peperiksaan awam sahaja tidak dapat melahirkan pelajar yang lebih bagus.dengan adanya kerja sebegini,mereka lebih memahami secara langsung daripada teori | Terima kasih kerana menggunakan khidmat KNDBP. Saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau pusat dokumentasi melayu di DBP untuk membuat analisis bagi perkara ini. Pihak kami tidak membantu individu/kumpulan dalam penyediaan tesis/laporan. | Lain-lain | 03.05.2008 |
Salam. saya memohon untuk signboard kedai makan. Nama kedai makan saya ialah NJ JOM LEPAQ LEPAQ. status saya tak lulus. boleh saya tahu apa kesalahan bahasa nya? | Assalamualaikum. Mohon tuan/puan mengajukan soalan/ kemusykilan tuan/puan kepada pegawai yang mengendalikan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan menghubungi nombor telefon 03-2147 9108/9109/9100. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 11.05.2017 |
Adalah DBP memberi perkhidmatan terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia untuk buku tulisan? Jika ada, apakah kos nya? Penjemahan disahkan oleh pihak DBP? Jawapan diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.04.2021 |