Site screening level bermaksud nilai saringan tapak atau tahap saringan tapak? yang mana lebih tepat? Site specific target level = nilai sasaran tapak khusus atau nilai sasaran khusus tapak atau tahap sasaran tapak khusus? mohon pandangan. | Kami bersetuju dengan cadangan terjemahan yang berikut: (i) Site screening level - tahap saringan tapak. (ii) Site specific target level - tahap sasaran tapak khusus. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2015 |
Apakah istilah khusus untuk "Friday the 13th"? Adakah Jumaat 13 Hari Bulan, Jumaat 13 hari bulan, Jumaat 13hb atau Jumaat Tanggal 13? | Contoh penulisan tarikh yang betul adalah seperti yang berikut: - Jumaat, 13.8.2018 (perlu dimasukkan bulan dan tahun)
- 13.8.2018 (Jumaat) - perlu dimasukkan bulan dan tahun
| Lain-lain | 16.04.2018 |
Selamat sejahtera tuan puan, saya ingin bertanya mengenai perbezaan jenis kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus. Saya keliru dengan kedua-dua jenis kata majmuk ini kerana beberapa sumber rujukan (bahasa Melayu) yang pernah saya baca menyatakan maklumat yang agak berbeza antara satu sama lain. Sebuah buku menyatakan bahawa kata majmuk rangkai kata bebas ialah percantuman kata dasar daripada mana-mana golongan kata manakala kata majmuk istilah khusus merupakan kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu dan jawatan seperti lut sinar (contoh bidang ilmu) dan Naib Canselor (contoh jawatan). Namun begitu, beberapa hari lalu saya terbaca dalam satu kompilasi nota BM STPM (Sem 1-3) berbentuk PDF yang menyatakan kata majmuk rangkai kata bebas terdiri daripada umum dan gelaran. Contohnya, alat tulis (umum), Naib Canselor, dan Raja Muda (gelaran). Kata majmuk istilah khusus pula hanya terdiri daripada kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu. Sumber-sumber rujukan dalam internet yang saya juga baca menyatakan maklumat yang berbeza-beza. Hal ini membuatkan saya keliru. Yang mana satukah maklumat yang betul dan boleh digunakan pada masa kini? Apakah perbezaan di antara kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus? Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyelesaikan kekeliruan saya ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak DBP amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkai kata bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. Kami berpandangan pembezaan ini berdasarkan konteks penggunaannya, kata majmuk rangkai kata bebas digunakan dalam konteks umum, manakala kata majmuk istilah khusus digunakan dalam wacana ilmiah yang berkaitan dengan peristilahan. | Tatabahasa | 24.05.2020 |
Bagaimana nak beakan kata majmuk istilah khusus dengan rangkaian bebas? contoh 'ular sawa'.Syukran maassalaamah Tuan. | Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkaian bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
trangkan kata mjmuk y terdri drpd istilah khusus? | Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian. | Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan. | Istilah | 12.02.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin mengemukakan soalan kepada pihak saudari. Umum sedia maklum bahawa kata majmuk yang berbentuk istilah khusus merupakan rangkai kata yang terdapat di dalam bidang tertentu. Adakah rangkai kata dalam bidang yang bukan berbentuk ilmiah juga boleh dikategorikan sebagai kata majmuk istilah khusus? | Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkaian bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. | Tatabahasa | 15.07.2018 |
Apakah padanan bagi 'spirit medium' dalam bahasa Melayu? | Untuk mendapatkan makna khusus dari segi istilah adalah bergantung kepada laras atau bidang yang bersesuaian. Sila nyatakan konteks atau bidang khusus perkataan tersebut untuk pihak kami membuat rujukan bagi mendapatkan padanan yang bersesuaian. | Lain-lain | 27.10.2010 |
adakah bahasa melayu mempunyai perkataan khusus bagi makna perbuatan di bawah ini; (arena bola sepak). perbuatan pemain yg melurukan bola kpd pemain lain tanpa mengambil kira keadaan pemain tersebut yang cenderung dikasari, terlepas bola, tdk mnerima bola dengan sepatutnya. perbuatan ini seolah2 mengambil sikap 'aku dah bg bola tu, pndai2 la'. | Tidak ada satu perkataan yang khusus bagi menerangkan perbuatan tersebut, daripada satu perbuatan/keadaan kepada satu perbuatan/keadaan yang lain. | Istilah | 02.08.2014 |
Selamat sejahtera... Papakah cara terbaik yang boleh digunakan untum engenalpasti kata majmuk rangkai bebas daripada kata majmuk istilah khusus? | Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb. | Lain-lain | 28.08.2014 |