[kial] | کيال
Definisi : ; kial-kial, berkial-kial, terkial-kial 1. (berbuat sesuatu) dgn sepenuh upaya (tenaga), berjerih-jerih: seorang Cina tua kelihatan terkial-kial mengayuh sebuah beca; 2. bergerak-gerak keras (kerana tertawa atau menangis), bergoncang-goncang (badan): kanak-kanak itu meminta ampun kpd ibunya sambil tersedu-sedu dan terkial-kial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kial] | کيال
Definisi : ark gerakan tangan atau badan utk menggambarkan sesuatu perbuatan (sbg isyarat): menceritakan apa yg berlaku dgn ~; berkial menggerakkan tangan (badan dll) sbg lakonan: bernyanyi sambil ~; mengialkan melakonkan, menggambarkan (menerangkan) sesuatu dgn perbuatan (isyarat); kialan persembahan drama atau sandiwara tanpa suara (yg mementingkan gerak badan, isyarat tangan, memek muka), pantomim; perkialan perihal berkial, gerakan (tangan, badan, dll) utk menerangkan sesuatu perbuatan atau melahirkan perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kial] | کيال
Definisi : ; berkial-kial berbuat sesuatu dgn susah payah; berjerih-jerih. terkial-kial dlm keadaan berkial-kial. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)