Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~ ki perihal tidak teguh dan tidak tetap; bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg terapung-apung di air, Lemna spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiambang

Puisi
 

Dari hulu sampai ke hilir,
     Pokok kiambang tumbuh melata;
Cubalah ingat cubalah fikir,
     Siapalah dia di depan kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum saya ingin bertanya, bagaimanakah cara untuk saya menemui penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut", Darus Ahmad Apakah prosedur yang perlu saya lalui untuk menemuinya? Adakah perlu saya menghubungi DBP atau terus berhubung dengannya? sekian terima kasihWaalaikumusalam wbk. Terima kasih atas komitmen sdr. itu. Dalam hal ini, kami difahamkan penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut" (Darus Ahmad) telah meninggal dunia pada sekitar tahun 2005 atau sebelum. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang karya dan diri penulis, sdr. bolehlah menghubungi waris (anak) beliau iaitu Nuraishah Darus di talian 03-41085682 (rumah) atau 019-2706047 (t/bimbit). Sekian dan selamat berjaya! Salam.Lain-lain23.05.2008

Kembali ke atas