Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kian (kata tugas)
Bersinonim dengan makin, makin bertambah, lagi;,
Kata Terbitan : sekian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih

1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud  1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. 

Istilah25.08.2009
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud.

1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya

2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani

3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul

4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul

Tatabahasa02.08.2011
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasihPeribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.Makna26.08.2015
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen.Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu <i style="mso-bidi-font-style: normal;">untuki> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">bahawai>, sila rujuk Tatabahasa Dewan. 1">Tatabahasa07.12.2014
Salah sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma (,) sebelum kata hubung 'tetapi', 'dan' serta 'jadi'?Tanda koma (,) digunakan  sebelum kata hubung gabungan "tetapi" yang membawa maksud "pertentangan fakta" dalam ayat majmuk.
contoh: Kerajaan berusaha hendak membendunng pengaruh kebudayaan barat yang negatif, tetapi anak-anak muda pula kian tergila-gila mengikutinya.

Tanda koma sebelum "dan"bergfungsi sebagai kata hubung setara untuk memisahkan ayat-ayat atau klausa yang fakta-faktanya berurutan yang membawa maksud "serentak",  "bersama" atau "berurutan".
Contoh: Mohd baru sahaja kematian kedua-dua ibu bapanya, dan menjadi anak yatim piatu.

Kata Jadi boleh digunakan di awal ayat, tapi perlu meletakkan koma selepas perkataan "Jadi"
Contoh, Jadi, tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata. 1">
Tatabahasa16.01.2019
Bagaimanakah membina ayat 3 kosa kata ini? ‘mengabsahkan,mengabur,mengacak’

Contoh binaan ayat daripada kosa kata  “mengabsahkan”, “mengabur” dan “mengacak” adalah seperti yang berikut: 1). Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri  yang dihadiri oleh    Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pada 1 Mac 2020 di Istana Negara,  mengabsahkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Kelapan. 2). Penglihatan Mak Limah kianmengabur akibat penyakit kencing manis. 3). Bekerjalah dengan seikhlas hati, jangan mengacak dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan.


Tatabahasa08.01.2021
Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut?Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia.

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah:

senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif
1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain;
2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan;
3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya;

persenjangan ڤرسنجڠن kata nama
hal menjadi senjang;

kesenjangan کسنجڠن kata nama
keadaan senjang.

Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut:

Contoh 1:

Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat.

Contoh 2:

Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar.
Makna02.11.2024
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini.


gemerlap

kata adjektif
1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya:
Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap.


2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang:
Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu.


kata nama
3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll:
Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam.


4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst:
Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar.


Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut.
Lain-lain30.06.2021
12

Kembali ke atas