apakah maksud sembunyi dalam puisi dan kias?? | Frasa 'sembunyi dalam puisi dan kias' ini diambil dari lirik lagu, tuan/puan seharusnya memajukan soalan ini kepada penulis tersebut. Kami hanya dapat memberi maksud satu persatu perkataan di dalam frasa tersebut. | Makna | 27.12.2012 |
salam sejahtera. Soalan saya : Adakah 'analogi' sebagai salah satu jenis bahasa figuratif? terima kasih. | analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan). Menurut istilah Kesusasteraan, analogi merupakan suatu kaedah penyelesaian masalah berasaskan bentuk ungkapan yang telah diketahui dengan yang belum diketahui. 2. Perbandingan di antara dua perkara atau keadaan yang mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tertentu. Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna. Saudara/saudari boleh menghubungi pakar atau pensyarah sastera di IPT bagi menjelaskan lagi persoalan ini. Saya cadangkan saudara/saudari boleh membaca Rencana fokus Dewan Sastera Oktober 2011 iaitu Bahasa Figuratif Pemanis Bicara oleh Zurinah Hassan untuk lebih memahami bahasa figuratif. Harap maklum. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
analogi | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara inginkan maksud perkataan ini, analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan). | Istilah | 12.06.2009 |
salam, sya ingin bertanya maksud analogy yang diberikan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. | Padanan bahasa Melayu bagi kata analogy ialah analogi bermaksud kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); | Lain-lain | 11.10.2010 |
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal | 1.progresif = sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: 2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman. 3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: 4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara. 6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. 7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu. Sila rujuk lama web http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi. 8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro 9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan. | Makna | 01.07.2013 |
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih. | Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. Tiada entri dijumpai Cadangan dari Kamus BI-BM: euphemism eulogise defense eugenics defensive elegise euphemistic extremism feudalism peacetime surmise uterine utilise edgewise eulogist eulogize lifetime defeatism defective effective eufemismekata nama euphemism(Inggeris-Melayu) eufemisme Huraian: Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS) Bidang: DIDIK, SAS, PUISI Istilah lama: kias halus, ungkapan halus | Lain-lain | 20.07.2009 |