tuan Bendera-bendera yang dicacak di sepanjang jalan itu kelihatan berkibar-kibar megah bagaikan menyambut kedatangan para tetamu. tuan, adakah kesalahan dalam ayat ini? | Tiada kesalahan dalam ayat itu. | Tatabahasa | 13.08.2011 |
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan | 1. Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mempunyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu. 2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok". 3. Gemar ialah kata kerja. 4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai. | Tatabahasa | 01.09.2009 |
Salam sejahtera. Di sini saya ingin bertanya tentang imbuhan me- dalam ayat berikut yang mana betul. 1. Ayah menggantung/menggantungkan belon pada dinding ruang tamu. 2. Ali mengibar/mengibarkan bendera pada Hari Kemerdekaan. Bolehkah memberi penjelasan bagi imbuhan me-/me...kan di atas?terima kasih. | Ayat yang betul ialah; 1. Ayah menggantungkan belon pada dinding ruang tamu. 2. Ali mengibarkan bendera pada Hari Kemerdekaan. Untuk melihat perbezaannya dengan lebih jelas, boleh rujuk: 1. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gantung. 2. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kibar Selain itu, untuk makluman, kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 07.10.2015 |