selamat sejahtera, saya ingin membuat papan tanda dan ingin membuat semakan bahasa. 1) kilang membuat koay teow dan cili boh 2) kilang memproses koay teow dan cili boh manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan? sekian terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah Kilang Kuetiau dan Cili Boh | Lain-lain | 23.11.2018 |
1) apa bezanya perkataan `lanjutan sewa kilang' dengan `lanjutan sewaan kilang'. Selain dari itu perkataan yangmana satu betul ? 2) Perkataan `surat lanjutan tempoh sewaan kilang' atau `surat lanjutan sewaan kilang'? ygmana satu betul. | Jawapan yang betul ialah 1. lanjutan sewaan kilang, 2. kedua-duanya betul. | Lain-lain | 12.05.2010 |
Apa erti WISMA. Bolehkah didalam sesebuah wisma itu mengandungi kilang pemprosesan makanan, kilang kasut atau spa? sesuaikah? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "wisma" bermaksud 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin. Oleh itu, perkataan "wisma" tidak boleh digunakan untuk bangunan yang mengandungi kilang. Boleh menggunakan perkataan "kilang" sahaja. | Makna | 04.04.2013 |
KILANG PEMPROSESAN MAKANAN DAN MINUMAN | 1. Betulkan kepada KILANG MAKANAN DAN MINUMAM. 2. Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Salam sejahtera, Tajuk: Peranan imbuhan 'kan' dalam tatabahasa Terlebih dahulu penulis telah mengulang kaji TTB Dewan Bab Kata Kerja. Seorang penulis, saya selalu terjumpa pelbagai variasi ayat penyata (amnya) yang mungkin memerlukan imbuhan 'kan' ataupun sebaliknya. Kadang-kadang ia menjadi dilema kecil. Sebagai contoh: Kes 1: Kilang kami memerlu pekerja am dengan segera. Kilang Kami memerlukan pekerja am dengan segera. Kedua-dua ayat di atas adalah dalam bentuk asas FNFK, dan kedua-duanya betul jika dilihat dari segi tatabahasa. Apakah nasihat DBP? Kes 2: Sila perhatikan ayat-ayat pasif di bawah. (A1) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A2) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A3) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentu bahasa yang diinginkan. (A4) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentu bahasa yang diinginkan. Jika kita bermain dengan kaedah transformasi, ayat manakah yang persis? Apakah hujahnya? Terima kasih DBP | Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Kilang kami memerlukan pekerja am dengan segera. 2. XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 183 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 03.01.2012 |
mohon tuan betulkan penggunaan kata hubung dan huraiannya, dalam ayat majmuk di bawah: 1.pekerja kilang itu akan terus berpiket selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. 2.pekerja kilang itu akan terus berpiket jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. terima kasih tuan. Ini adalah untuk penjelasan kpd anak murid pt3 saya | Kedua-dua ayat tersebut betul. Penggunaan kata hubung “selagi” merujuk sesuatu hal yang masih belum berhenti. Manakala “jika” merujuk kepada syarat.1"> | Tatabahasa | 10.03.2018 |
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kami dengan perkataan "KILANG MAKANAN OEM" dimana kami menyediakan perkhidmatan pusat pengeluaran makanan. Mohon pencerahan tuan. | 1. Memadai ditulis KILANG MAKANAN sahaja. OEM yang bermaksud pengeluar peralatan asli atau pengilang peralatan asal boleh letak dibawahnya. | Lain-lain | 08.02.2019 |
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat berikut : 1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan amat bernas. 2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun. Jika ada, mohon diperbetul. Terima kasih. | 1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan olehnya amat bernas. 2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun. | Tatabahasa | 10.03.2015 |
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih. | 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan .... 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.
| Tatabahasa | 17.10.2012 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kata adjektif yang tepat 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ________. 2. Hatinya kembali _______ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau _____ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. Terima kasih. | 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ____menggigil____. 2. Hatinya kembali ____lega___ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau ___hangit__ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. | Tatabahasa | 19.08.2012 |