Assalamualaikum tuan. Apakah penggunaan kata yang paling sesuai bagi kilat? Kilat sambar-menyambar atau kilat sabung-menyabung. Sekiranya kedua-dua perkataan boleh digunakan, perkataan manakah yang paling sesuai digunakan? Terima kasih tuan | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sambar-menyambar ialah menyambar (memanah) berturut-turutan manakala maksud sabung-menyabung ialah berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll). maka kedua-dua perkataan ini boleh digunakan. | Makna | 04.09.2018 |
1. Banjir kilat melanda beberapa buah kawasan perumahan itu sejak belakangan ini membimbangkan penduduk. (jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah 'sejak' tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, apakah kesalahannya) 2. Antara atlit yang terkemuka di negara kita pada masa ini termasuklah Dato Nicol David, Dato Lee Chong Wei dan Shalim Zulkifli. (apakah kesalahan ayat itu) 3.Pihak kerajaan akan memperkosa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari semasa ke semasa. (adakah ayat itu salah) terima kasih. | 1. Frasa sejak belakangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. 2. Kesalahan ejaan atlit. Ejaan yang betul ialah atlet. 3. Kesalahan perkataan memperkosa. Perkataan yang betul ialah memperkasakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkatan memperkosa dan memperkasakan. | Tatabahasa | 28.09.2009 |
maksud banjir kilat mengikut kamus DBP | Maknanya ialah banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.08.2009 |
Tuan, ayat di bawah ini betul atau salah? Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam. | Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih. | Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Imbuhan meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Maksud peribahasa berikut dan ayat yang sesuai: i. Kalau ada asap tentu ada api ii.Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga iii.Seperti harimau menyembunyikan kukunya | i. Peribahasa kalau ada asap tentu ada api bermaksud tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. ii. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga bermaksud bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. iii. Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Lain-lain | 08.08.2011 |
1) Antara perkataan sabung-menyabung dan sambar-menyambar, yang mana satu penggunaannya paling sesuai dalam ayat berikut. - Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung/sambar-menyambar. 2) Adakah penggunaan kesat dalam ayat berikut betul? - Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. - Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. - Saya kurang puas kerana meja yang baru dibeli ini kesat. | 1) Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung. 2) Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. (Tidak sesuai) Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. (Betul) Saya kurang berpuas hati kerana meja yang baru dibeli ini kesat. (Betul) | Tatabahasa | 18.03.2013 |
apakah beza antara guruh dengan gemuruh? | Guruh bermaksud bunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar. Gemuruh bermaksud bunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain), berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar. | Makna | 09.08.2017 |
saya rabiatul ingin bertanya apakah maksud pathos,muthos dan ethos.perkataan ini saya terbaca di dalam cerpen Kilat Malino. Sekian,terima kasih... | Pathos bermaksud kehibaan; ethos ialah sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era; makna muthos tidak diperoleh. Sila pastikan ejaannya. | Makna | 27.03.2008 |
saya nak tahu terjemahan perkataan "usb flash drive:dalam bahasa melayu..terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "usb flash drive" ialah pemacu kilat usb. | Istilah | 01.04.2013 |