| Saya dapati singkatan bagi kampung dan kilogram ditulis dengan huruf kecil, iaitu kampung (kg.) dan kilogram (kg). Adakah yang membezakan kedua-duanya ialah tanda titik? Adakah tanda baca "titik" itu yang menjadi pembeza antara kedua-duanya atau tanda titik itu boleh ditiadakan dan pengguna bahasa dapat memahami kedua-duanya melalui peranan konteks. | Kg. merupakan singkatan bagi perkataan “Kampung” untuk nama khas sahaja, manakala kg merupakan kependekan untuk “kilogram” berdasarkan unit SI. | Tatabahasa | 10.03.2023 |
| Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu. | Frasa yang betul ialah: 1. a) Satu kilogram setengah b) Satu jam setengah c) Satu meter setengah 2. Ejaan yang betul ialah legenda. | Lain-lain | 19.03.2019 |
| Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram? | Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg. | Lain-lain | 24.02.2007 |
| Adakah ayat-ayat berikut betul penggunaan kata bilangan? 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit setengah kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi. | Jawapan yang betul ialah: 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit lima puluh sen kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi. | Lain-lain | 11.01.2024 |
| SELAMAT BERKENALAN. INILAH KALI PERTAMA SAYA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI. SAYA INGIN MEMINTA PENJELAASAN DARIPADA PIHAK TUAN TENTANG BACAAN YANG TEPAT UNTUK MASA IAITU SATU SETENGAH JAM ATAU SATU JAM SETENGAH, KEMUDIAN BACAAN UNTUK KILO PULA SATU KILOGRAM SETENGAH ATAU SATU SETENGAH KILOGRAM. BUAT MASA INI MEREK YANG MEMBERI JAWAPAN KEPADA SAYA ADA YANG TERDIRI DARIPADA PAKAR-PAKAR JUGA , TETAPI MALANGNYA JAWAPAN ADA PERCANGGAHAN. HARAP AKAN MENDAPAT JAWAPAN YANG AKAN MEMUASKAN HATI DAN TIDAK MENGELIRUKAN SAYA . SEKIAN , TERIMA KASIH! | Penggunaan yang betul ialah: Penulisan angka - 1 ½ jam Penulisan frasa - satu jam setengah Penulisan angka - 1 ½ kg Penulisan frasa - satu kg setengah | Tatabahasa | 01.09.2007 |
| 1. Ejaan bagi kilometer, kilogram, sentimeter dan sepuluh ringgit perlu dieja secara penuh atau singkatan? 2. Bagi nombor perlu dieja dengan perkataan atau angka? terima kasih... | 1. Boleh dieja penuh ataupun menggunakan singkatan. 2. Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. | Ejaan | 22.05.2009 |
| Apakah penjodoh bilangan bagi kerang? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang. Sebaliknya kerang diukur mengikut bekasnya seperti semangkuk kerang atau unit tertentu seperti satu kilogram kerang. | Tatabahasa | 14.07.2014 |
| Salam tuan, Mohon diperjelaskan cara menggunakan angka/huruf yang betul bagi pasangan ayat di bawah. 1.Saya membeli dua buah buku untuk bapa. 2.Saya membeli 2 buah buku untuk bapa. 3.Sudah dua kali saya pergi meminang dia. 4.Sudah 2 kali saya pergi meminang dia. 5.Anaknya belajar di kelas tahun 1. 6.Anaknya belajar di kelas Tahun 1. 7.Dia berjalan 3 kilometer setiap hari. 8.Dia berjalan tiga kilometer setiap hari. 9.Emak membeli 6 kilogram baja asli. 10.Emak membeli enam kilogram baja asli. | Huruf 1-9 hendaklah dieja dalam ayat, melainkan huruf tersebut diikuti dengan ukuran tertentu atau singkatan misalnya 1 kg atau 2 km. Walau bagaimanapun, ukuran tersebut boleh juga ditulis penuh seperti enam kilogram. Bagi kata nama khas, huruf boleh digunakan, contohnya pelajar murid Tahun 1 Cekal. | Tatabahasa | 18.10.2009 |
| Padanan perkataan “adulterant” di bawah ini ialah “bahan aduk”. Walau bagaimanapun, melalui semakan kami di PRPM, padanan bagi “adulterant” ialah “bahan lancung”. Tiada padanan “bahan aduk” ditemui. Apakah padanan yang sesuai digunakan? “179. (3) Edible fat and edible oil shall be free from adulterants, rancidity, offensive odour and taste and, unless otherwise provided in these Regulations, shall not contain more than 10 milliequivalents of peroxide oxygen per kilogram of edible fat or edible oil. It shall not contain any mineral oil or any non-food grade fat or oil. 179. (3) Lemak makan dan minyak makan hendaklah bebas daripada bahan aduk, ketengikan, bau busuk dan rasa yang tidak menyenangkan dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mengandungi lebih daripada 10 miliekuivalen peroksida oksigen setiap kilogram lemak makan atau minyak makan. Ia tidak boleh mengandungi apa-apa minyak mineral atau apa-apa lemak atau minyak yang bukan daripada gred makanan.”. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: adulterant - bahan cemar Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |
| Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih. | Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. | Tatabahasa | 08.06.2012 |