sila semak perkataan B.Malaysia dalam artwork yang disertakan. Terima kasih. Kim Tiew Kim Kee | Untuk pengesahan iklan, sila klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 05.08.2011 |
Kim Ho menziarahi nenek dengan gembira.~Adakah penggunaan "dengan gembira" sesuai dalam ayat tersebut?Terima kasih. | Ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.03.2015 |
ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran | 1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan. 2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan. Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. 3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina 4b) sayur-sayuran - kata ganda Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Salam sejahtera. Penggunaan(oleh itu, seterusnya) di bawah ini, mana satukah ayat diterima? Mengapa? 1. Kim anak orang kaya. Oleh itu, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. 2. Kim anak orang kaya. Seterusnya, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. | Ayat yang betul ialah ayat pertama kerana oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu).
| Tatabahasa | 02.07.2017 |
1. Encik Kim berasa lega ( sekali / sungguh / nian ) kerana semua kerjanya telah beres. Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Encik Kim berasa lega sekali/sungguh kerana semua kerjanya telah beres. - sekali atau sungguh adalah betul | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih. | Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. | Tatabahasa | 11.07.2020 |
Assalammualaikum. Saya hendak mendapatkan kepastian untuk mengira patah perkataan di dalam teks. Kata nama seperti si Comel, Encik Ali, Pak Man, kim wah dikira sebagai berapa patah perkataan? Terima kasih. | As salam, Papah perkataan dikira seperti berikut ; si comel = dua patah perkataan, Encik Ali = dua patah perkataan, Pak Man = dua patah perkataan dan Kim Wah = dua patah perkataan | Tatabahasa | 18.02.2013 |
Pada hari minggu, Kim Ho akan pergi ke ladang ternakan kambing. Adakah ayat ini betul? | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
ADAKAH INI AYAT MAJMUK 1. KIM SENG BERGAMBAR BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGANYA DI LADANG ANGGUR. | Ini ayat tunggal, bukan ayat majmuk. | Tatabahasa | 19.10.2015 |
maksud salur darah | Sdr,. Yaya kim, salur darah ialah Pembuluh yang membawa darah, terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. | Makna | 16.08.2009 |