Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik. | kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) berkenaan bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn sebatian karbon; penyakit ~ penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh. Makanan organik = makanan yang terhasil daripada proses organik. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih. | 1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 30.05.2016 |
Apakah hukum umum yg perlu dipatuhi untuk menukar istilah kimia bahasa Inggeris ke bahasa melayu? Sy merujuk kamus dewan online, tetapi kebanyakan istilah sains yg ditukar hanya melibatkan penggunaan 2 jenis bahan kimia. Bagaimana utk menukar, contohnya, methylhydroxypropylcellulose? Bolehkah ditukar menjadi metilhidroksipropilselulosa? | Istilah tersebut tidak ada dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, berdasarkan kaedah pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu yang betul ialah metilhidroksipropilselulosa. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pembentukan istilah kimia, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005 dan Daftar Istilah Tatanama Kimia terbitan tahun 1987. | Istilah | 09.04.2012 |
Istilah Bahasa Malaysia diperlukan bagi perkataan kimia English di bawah. 1) Stannous | Dalam istilah Kimia stannous compound yang membawa maksud sebatian stanus. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
Perkataan impartiality dalam bahasa melayu. Dasar kualiti Jabatan Kimia Malaysia ..."Professionalism, impartiality, confidentially....' dialih menjadi ...."Profesionalisme, ??????????, kerahsiaan. apakah perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan impartiality - contoh keputusan analisis kimia tidak dipengaruhi mana-mana pihak | Impartiality = Kesaksamaan | Makna | 25.04.2018 |
lysosme tu ape...... kalau x silap in Bm is LISOSOM kimia atau dlm pelajaran BIO???? fungsi dan defenisi lisosom pls.... | Padanan bahasa Melayu bagi "lysosome" ialah lisosom. Istilah ini digunakan dalam bidang kimia. | Istilah | 27.10.2006 |
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional | Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi. Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi. Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya. | Istilah | 11.12.2009 |
Assalamuaikum,bolehkah sekiranya menggunakan khidmat DBP untuk menterjemahkan MSDS(MATERIAL SAFETY DATA SHEET) untuk sesuatu bahan kimia dari bahasa inggeris kepada bahasa malaysia? Katakan ada 18 set MSDS untuk setiap bahan kimia,berapakah harga yang dikenakan untuk setiap set?(1 set mengandungi antara 5-6 helai lampiran) | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat terjemahan sama ada ke bahasa Melayu atau ke bahasa asing. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381 | Lain-lain | 11.09.2009 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi perkataan di bawah? Imazapyr Perkataan berkaitan bidang kimia. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan imazapyr tiada dalam entri kamus Dewan mahupun istilah dalam bahasa Melayu. Namun begitu, anda masih boleh menggunakan istilah kimia tersebut dalam teks bahasa Melayu dengan mencondongkan tulisan perkataan tersebut. Terima kasih. | Istilah | 05.06.2017 |
Mohon semakan terjemahan Upin is our chemistry teacher. Oh, the horror! Upin ialah guru untuk matapelajaran kimia. Dia sangat tegas. Terima kasih | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Upin ialah guru untuk mata pelajaran kimia. Dia sangat tegas. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |