| Salam sejahtera, Adakah kata tanya boleh digunakan bagi memulakan ayat penyata? Contoh: Apa yang membezakan kedua-dua lemak ialah struktur kimianya. | "Apa" merupakan kata ganti nama diri tanya yang merujuk benda atau perkara. Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata, dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. "Apa" digunakan dalam ayat tanya dan "apa-apa" digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. Ayat yang betul ialah "Elemen yang membezakan kedua-dua lemak ialah struktur kimianya". | Tatabahasa | 20.01.2016 |