Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. family, keluarga: to come of good ~, dr keluarga yg baik; 2. relations, kaum kerabat, (kaum) keluarga, saudara (-mara), sanak saudara; near of ~, saudara /rapat, dekat/; next of ~, waris yg terd (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan.Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang)
Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural.
Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding.
Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan.

b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara)
Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa06.03.2013
Salam Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan perkataan "semua" dan "kesemua". Sekian, terima kasih. Chee KinSemua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.
Makna02.06.2015

Kembali ke atas