Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. | Salam sejahtera, Ayat pasif bagi ayat di atas ialah: Pendakian Gunung Kinabalu kami teruskan setelah sejam berhenti rehat. Sila dapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.09.2017 |
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. |
| Tatabahasa | 08.09.2017 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "equaled"? Contoh ayat: best sightseeing spot in Kota Kinabalu equaled only by Mount Kinabalu. Terima kasih. | Terjemahan ayat berkenaan boleh dicadangkan seperti yang berikut, “Lawatan ke tempat menarik di Kota Kinabalu hanya bererti jika mengunjungi Gunung Kinabalu.” Maka, perkataan “equalled” boleh diterjemahkan kepada “bererti”. | Istilah | 12.03.2014 |
1. Gunung Kinabalu dilitupi oleh kabus yang tebal. 2. Gunung Kinabalu diselubungi oleh kabus yang tebal. "dilitupi" dan "diselubungi", yang manakah lebih tepat penggunaannya? | Kedua-dua perkataan dilitupi dan diselubungi boleh digunakan. | Makna | 10.04.2019 |
Perlukah kata sendi nama di diulang dalam ayat yang berikut: Hujan berlaku di Kota Kinabalu, di Tawau, dan di Kudat. atau cukup digunakan satu di sahaja : Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau, dan Kudat. Mohon diberikan penjelasan. Terima kasih. | Dalam contoh yang diberikan kata sendi tidak perlu diulang, cukup sekadar ditulis sekali sahaja; Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat. | Tatabahasa | 04.02.2008 |
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah | 1. Banyak orang berkumpul di balai raya. 2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Saya hendak ingin tahu no tep / laman web cawangan DBP Kota Kinabalu kerana hendak membeli buku-buku sekolah dan memastikan buku-buku tersebut ada ataupun tiada | Alamat penuh bagi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah adalah seperti berikut: Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-439 314 Cawangan Sabah tidak mempunyai laman web sendiri tetapi saudara boleh mencari maklumat tentang DBP Sabah dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 10.12.2009 |
Penggunaan (banyak) dalam ayat no.1 dan 2 yang mana satu betul ? Mengapa ? 1.Sayur-sayuran (banyak) mengandungi vitamin C. 2.Sayur-sayuran mengandungi ( banyak ) vitamin C. Penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut yang mana satu betul ? Mengapa? 3. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. 4. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. 5. Usman Awang adalah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 6.Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 7. Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. 8. Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. | Ayat yang betul ialah: 1. Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin C. - yang banyak ialah vitamin C, bukan mengandungi 2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama 3. Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama 4. Mengedar dadah adalah salah di sisi undang-undang. - kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif | Tatabahasa | 05.05.2011 |
Nooraidah Hj Ahmad FRI 10:20AM assalamualaikum dan selamat pagi Anak saya ada menghantar borang langganan majalah Dewan Pelajar melalui DBP Cawangan Kota Kinabalu Sabah pada bulan November 2015.Tapi sehingga kini belum sampai majalah.Mohon semakan tuan/puan. MUHAMMAD ADIB FAHMIE BIN MUJAHIDIEN 040915160237 LOT 134,FASA 1, LORONG PATUMA 9, RUMAH MURAH KEPAYAN, 88200 KOTA KINABALU, SABAH 012-8254530/0128390318 | Aduan puan kami panjangkan kepada pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun, jika puan ingin mendapatkan maklumat langsung daripada pihak berkenaan, puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul. | Lain-lain | 11.12.2015 |
There are no speed limit signs on the road and highway of Kota Kinabalu and in Sabah per say. How can the police issue a summon saying that we have exceeded the speed limit - What speed limit are they refering to (in KL is 110km or 90km) but here nothing!! Is it justified that they issue the summons for driving at 110km on KK road??? What double standard are they practicing. They must first put up the speed limit sign so that drivers can abide to. Is this Malaysia Boleh for us law abiding citizens? Pihon terjemahan kepada bahasa melayu yang tepat | Pihak kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Kami hanya menyemak teks terjemahan teks pendek yang telah disediakan. Untuk mengadapat mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03- 41497210. | Lain-lain | 04.02.2008 |