Apakah terjemahan bagi istilah 'in-kind payment' dalam bahasa melayu? | Istilah bahasa Melayu untuk "in-kind payment" ialah bayaran bukan wang | Istilah | 06.08.2014 |
Mohon terjemah istilah berikut :- 1. In its own right 2. Wealth 3. In Kind 4. Adjusted | wealth - kekayaan; in kind - dalam bentuk benda/barang; adjusted- disesuaikan; diselaraskan. Ungkapan in its own right membawa maksud pun. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 1352. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Apakah padanan yang bersesuaian untuk "Yours Fondly" "Kind regards" Terima kasih | Maksud kedua-dua perkataan ini tiada dalam data kami. Melalui carian di internet ada yang menterjemahkan Yours Fondly dan Kind regards kepada sayang kamu dan salam sejahtera. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2017 |
We would like to apply pesticide advertisement in the form of website for the products of which the artworks are attached for your kind endorsement. Kindly let us know the amendment if any. Appreciate your early reply. Thank you for your kind cooperation. | Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 25.10.2017 |
Mohon semakan terjemahan Well, gee, that sure is a kind thing to say. Itu ialah sesuatu yang baik untuk diperkatakan. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang baik untuk diperkatakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air" | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2020 |
Perkataan PUNDAK dalam Bahasa Indonesia adakah ia bermaksud PUNCAK dalam Bahasa Melayu, Malaysia.Thanks for your kind assistance. | Pundak (bahasa Jawa) maknanya dalam bahasa Melayu ialah bahu atau diri seseorang manakala puncak pula bermakna bahagian yang tertinggi atau paras yang paling atas. | Makna | 30.04.2005 |
Salam, saya perlukan bantuan dalam tukarkan ayat dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu. sila rujuk bawah : DEALING IN ALL KIND OF SCRAP METALS FERROUS & NON-FERROUS METAL | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami terjemahan tersebut agar dapat menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.07.2018 |
"A tape library is a storage system that contains multiple tape drives, some bays or slots to hold tapes, a scanner of some kind such as a barcode reader or an RF scanner, and a robotic system that automates the loading and changing of tapes. It is essentially a collection of tapes and tape drives that store information, usually for backup." Adakah terdapat padanan perkataan bagi "tape library"? | Belum ada padanan bahasa Melayu bagi tape library dalam sistem PRPM kami. Namun, kami mencadangkan pustaka pita sebagai padanan bahasa Melayu untuk tape library. | Istilah | 08.04.2019 |
Di sini kami lampirkan iklan Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak puan , Untuk makluman puan , “Biz App Store” adalah nama kedai virtual yang di kendali oleh TM untuk penjualan applikasi –aplikasi untuk penyelesaian perniagaan , Nama “ Biz App Store” akan di “trademark” untuk pengunaan dalam iklan – iklan komersial tempatan Kerjasama Puan amat dihargai. Terima Kasih. Kind Regards; Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Sekiranya "Biz App Store" telah mendapat "trademark", pihak tuan tidak perlu menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak teks lain dlam iklan tersebut yang menggunakan bahasa Melayu. Iklan yang dihantar akan kami faks kepada tuan. | Lain-lain | 08.05.2012 |